Jumaat, 30 Jun 2017

PAKEJ KE PULAU MABUL SEMPORNA

          CORETAN TRAVELOG KE SABAH
          Saya ke Sabah meliputi tugasan membantu usahawan di Negeri Sabah.Coretan ini merangkumi kesimpulan sepanjang berada di sana.Terima kasih pada pihak Insken dan Jabatan Perdana Menteri yang sudi menjemput saya dari Negeri Perak ini agar berkongsi ilmu dan pengalaman untuk pembangunan dan penambahbaikan industri pelancongan di sana.
Saat ini syukur Alhamdulillah saya telah pun selamat sampai di rumah saya di Taiping.
Hari pertama team saya bersama Dr Izham (Insken)dan En Fadil dari JPM sampai di Keningau dan menginap di Hotel Juta.Pada keesokan harinya kami bertolak ke Trusmadi,Sook dan Bt Punggul.
Perjalanan ke Trusmadi lebih kurang 1 jam setengah untuk bertemu dengan Mr Dennis owner yang menguruskan camp site untuk para pendaki yang ingin tawan puncak Trusmadi.
Selesai disini kami ke Bt Punggul untuk bertemu dengan kominiti disini yang mengusahakan homestay dan bawa pelancong melawat Trusmadi.Berlaku sedikit konflik berkaitan pemiliki tanah di Bt Punggul menyebabkan kesukaran dalam menyalurkan bantuan di sini.

Selesai di sini kami berpatah balik ke Keningau untuk singgah di Sook bagi penganjuran program usahawan pulak selepas raya nanti.Bila bergerak dan sampai ke Keningau terus kami berbuka di kedai makan berhampiran hotel penginapan.

                                                    Chalet Pulau Mabul
          Hari ke tiga selesai tugasan mereka berdua balik ke Kota Kinabalu untuk flight ke KLIA dan saya ada tugasan di Tawau.Dengan menaiki bas express dari Keningau menuju ke Tawau memakan masa hampir 6 jam.Dari jam 8.30 sampai lebih kurang 2,30 ptg.

PAKEJ INDERASABAH KE PULAU MABUL
          Perkampungan masyarakat Tidung dan Warisan Taka yang berugama Islam yang mana penempatan tidak jauh dari Lapangan Terbang Tawau.Saya menetap 3hari disini bagi memberi tunjuk ajar bagaimana memulakan bisnes dalam pelancongan.Kampung ini memang ada potensi untuk pelancongan yang mana kedudukannya yang stategik ditengah-tengah antara lapangan terbang dan Semporna untuk ke pulau pelancongan berdekatan Mabul,Bum Bum dan lain-lain.
Pakej ke Pulau Mabul dan pulau-pulau sekitarnya yang cantik dan airnya yang jernih disediakan oleh Koperasi Pelancongan Inderasabah.Dari sini ke Semporna iaitu jeti ke Mabul memakan masa lebih kurang 1 jam lebih.Jika tiba lewat di Lapangan terbang anda boleh menginap di homestay Inderasabah sebagai transit ke Pulau Mabul.

                                                      Jeti Semporna ke Pulau Mabul

           Anda boleh memilih untuk menginap 1 atau 2 malam disini,cuma saya cadangkan mengambil homestay di Inderasabah sebagai transit memudahkan urusan ke Lapangan Terbang Tawau.

          Saya juga menyediakan pakej mengikut kehendak dan bajet anda bagi memudahkan anda untuk melancong ke sini.Saya beri pakej berikut untuk anda:

                                              Hari Pertama
-Dijangka sampai di Lapangan Terbang Tawau
-Menginap di Homestay Inderasabah-pakej termasuk transport,menginap dan                                                                    makan malam dan sarapan

                                             Hari ke 2
-Bertolak ke jeti Semporna dan naik bot ke Chalet Mabul(Guide En Ismadi)
-Rehat dan Makan tengahari 
-Ronda 4 buah Pulau(Sibuan,Mega,Bum Bum dan Bohey Dulang)
-Makan malam
            
                                              Hari ke 3
-Sarapan
-Keluar chalet
-Bertolak ke Jeti Semporna
-Balik ke Homestay atau terus ke lapangan terbang
-Trip dijangka selesai

 
         



Jika pelancong melebihi dari 10 orang saya bersedia untuk turut serta sebagai guide.Cadangan saya juga..jika nakan tambang flight lebih murah boleh buat tempahan Airasia 2-3 bulan lebih awal dari tarikh nak melancong.


Harga pakej ini anggaran lebih kurang rm 450 ke rm600 seorang bergantung pada menu makanan,homestay dan chalet yang anda pilih.Harga tidak termasuk tiket flight.Jika tempahan awal tiket flight anda boleh dapat harga rm300 lebih kurang kos pergi dan balik.Anda juga boleh wharssaps saya 012-6316132 Yusri.
Terima kasih.. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PAKEJ LAWATAN KE SELANGOR

Selain dari lawatan ke Perak kami juga ,  menyediakan pakej lawatan ke Negeri Selangor meliputi :  -Pakej untuk program CSR (Syarikat atau N...