GAMBAR DAN PERCUTIAN MENARIK DI KUALA SEPETANG
Saya bersedia mengendalikan pencutian anda di sini dengan menyediakan penginapan dan tour bot serta makan(jika ramai) hujung tahun 2017 ramai mula buat tempahan tour serta penginapan memandangkan ramai pelancong membanjiran Kuala Sepetang.
Dalam ramai pelancong yang datang saya dikunjungi sahabat baik masa bertugas di Kem Terendak satu masa dulu.Shamsuri atau saya panggil Sem bersama keluarga beliau ke Lumut dan terus ke sini untuk bercuti.
Bila keluarga bercuti kebiasaanya saya sediakan pakej penginapan dan tour bot sahaja,untuk makan saya cadangkan mereka memilih warung atau kedai makan sekitar pekan atau di tepi jalan.Untuk Sem saya sediakan bilik homestay tepi Sungai Reba di perkampungan nelayan.,homestay ini bayaaran murah sekitar rm150 sahaja untuk satu malam.
Pemandangan dari homestay amatlah cantik,boleh nampak perkampungan nelayan dan muara Sg Sepetang.Saya kongsikan gambar yang di ambil oleh Sem ketika menginap di sini,kebetulan pula bot yang saya bawa lalu melintasi tempat penginapan beliau
Sem juga mengambil tour melihat kelip-kelip waktu malam sekitar pukul 8.30 malam.Sebelum ke kelip-kelip kami sempat naik bot untuk tour sunset.Kebetulan hari itu cuaca cerah dan sunset pun nampak cantik.
Hari cuti panjang Krismas adalah hari yang sibuk di sini.Saya banyak dapat tempahan untuk tour river cruise dan kelip-kelip.Ramai juga yang datang secara walk in yang mana saya tetap layan mereka mengikut giliran tempahan.
Sedikit tips saya kongsikan untuk perancangan sebelum bercuti.
-Pemilihan tarikh sesuai dan buat tempahan awal antara satu destinasi ke destinasi yang lain.
-Pilih lokasi sesuai yang menarik
-Rujuk pada kawan boleh yang dipercayai untuk elak dari di tipu.
-Boleh juga rujuk pada internet
-Buat tempahan awal untuk elakan tempahan penginapaan penuh
-Bajet yang sesuai dengan kemampuan kita
-Tak perlu bawa banyak pakaian,hanya yang penting sahaja
-Kenderaan dalam keaadaan baik jika perjalanan melebihi 150km berserta tool
-Bawa juga kit ubat kecemasan
-Memaklumkan pada tempat yang kita tempah,bila kita bergerak dan bila kita dijangka sampai.
SELAMT BERCUTI..JOM BERCUTI DALAM NEGARA DAHULU...SEBELUM KE LUAR NEGARA..
JIKA KE LUAR NEGARA..UTAMAKAN TANAH SUCI UNTUK UMRAH DAHULU.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PAKEJ LAWATAN KE SELANGOR
Selain dari lawatan ke Perak kami juga , menyediakan pakej lawatan ke Negeri Selangor meliputi : -Pakej untuk program CSR (Syarikat atau N...
-
Kami menawarkan pakej lawatan sambal belajar ke Kuala Kangsar,Taiping,Kuala Sepetang,dan Lumut Perak. Terbuka kepada guru-guru , pelajar d...
-
Kami Kuala Sepetang Eco Tourism yang beroperasi di Kuala Sepetang yang mana menyediakan beberapa jenis anak benih pokok bakau unt...
-
Anak bakau untuk dijual di Kuala Sepetang, Perak JENIS BAKAU MINYAK DAN BAKAU KURAP Kuala Sepetang merupakan kawasan hutan paya laut yang ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan