PROGRAM ALAM SEKITAR (CSR)
Program ini dijalankan secara berperingkat dengan kerjasama UNESCO dan Persatuan Pengusaha Pelancongan Negeri Perak.
Program ini dijalankan pada antara 17 hingga 24 Sept 2023 dari pelajar sekolah yang berbeza,iaitu dari SMK Pengkalan TLDM Lumut Perak(35 peserta), Sk Sungai Lampam Teluk Intan Perak(36 peserta),SK Gadung Jaya Seremban(39 Peserta) dan Sek Men Sains Kubang Pasu Kedah.
Alhamdulillah semua aktiviti
program berjalan dengan lancar serta cuaca yang baik, namun kami juga
menyediakan baju hujan plastik kerana cuaca sekarang mendung serta hujan yang
sukar di ramal.Kami cuba buat yang terbaik, dengan pengalaman yang kami ada
selama hampir sepulah tahun dalam bidang pendidikan alam sekitar bersama
pelajar , walaupun penubuhan persatuan agak baru kami daftarkan dengan R.O.S.
Pencapaian amatlah memberangsangkan dan mampu memberi pendidikan
berkaitan kesedaran dan pemuliharaan alam pada pelajar yang menyertai program
ini.Kami juga menyediakan soalan pada pelajar bagi mereka menjawap soalan berkaitan
eko system hutan bakau, dengan mata pelajaran yang mereka pelajari disekolah.
1. Faedah
dan impak pelaksanaan program termasuk maklum balas daripada komuniti, peserta
dan lain-lain.
-Hutan bakau mampu membangun dalam situasi lebih mampan agar menjadi zon penampan dalam terus kekal menahan hakisan akibat pikulan ombak besar serta hakisan yang lebih teruk.Malah eko system semulajadi mampu menjadi tumpuan habitat marin untuk terus membiak serta meneruskan kelestarian pada masa akan datang.
GAMBAR AKTIVITI
ensi |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan