MEMBEKAL DAN MENYEMAI SERTA MENJUAL POKOK BAKAU TERBAIK

 POKOK API-API, BEREMBANG,BAKAU MINYAK DAN POKOK NIPAH 

 KUALA SEPETANG

Kami dari Syarikat Kuala Sepetang Eco Track, menyediakan perkhidmatan membekal dan menjual pokok bakau segar dan terbaik dari nursery Kula Sepetang Perak.

Berpengalaman hampir 10 tahun dalam menyediaan anak benih ,anak pokok juga khidmat nasihat untuk penanaman pokok bakau.

Pembekal Anak Pokok Bakau Berkualiti Tinggi Dari Kuala Sepetang – Khazanah Paya Bakau Terbaik Dunia!

Mencari bekalan anak pokok bakau yang sihat, segar, dan berdaya tahan tinggi untuk projek pemuliharaan, penyelidikan, CSR atau landskap di tempat anda?

Kuala Sepetang Eco Track sedia membantu! Berpengalaman hampir 10 tahun dalam penyediaan anak benih dan khidmat nasihat penanaman, kami membekalkan pelbagai spesies anak pokok bakau terus dari tapak semaian kami di Kuala Sepetang, Perak—kawasan pengurusan hutan paya bakau yang diiktiraf antara yang terbaik di dunia.

Spesies Anak Pokok Yang Dibekalkan

  • Bakau Minyak (Rhizophora apiculata): Pilihan utama untuk benteng hakisan pantai dan pemuliharaan hutan paya bakau.

  • Pokok Api-Api Putih (Avicennia Alba ): Tumbuhan perintis yang cepat membesar dan berkesan menstabilkan garis pantai.

  • Pokok Berembang (Sonneratia caseolaris): Spesies penting untuk ekosistem sungai dan habitat kelip-kelip.

  • Pokok Nipah (Nypa fruticans): Sesuai untuk kawasan muara, tebing sungai, dan pemuliharaan biodiversiti.

Mengapa Pilih Kuala Sepetang Eco Track?

  • Kualiti Benih Terjamin: Diambil dan disemai dari ekosistem paya bakau Kuala Sepetang yang kaya dan subur.

  • Pengalaman 10 Tahun: Kami bukan sekadar menjual, malah menyediakan khidmat nasihat teknikal untuk tatacara penanaman yang betul supaya kadar kelangsungan hidup (survival rate) pokok tinggi.Malah pernah membekal ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.

  • Bekalan Skala Kecil & Besar: Sedia membekalkan untuk agensi kerajaan, korporat (projek CSR), IPT, kontraktor landskap, mahupun individu.

Hubungi Kami Hari Ini

Dapatkan bekalan anak pokok bakau berkualiti tinggi dan khidmat nasihat pakar untuk menjayakan projek anda.

  • Syarikat: Kuala Sepetang Eco Track (SSM IP0373243-P)

  • Lokasi: Kuala Sepetang, Perak

  • Telefon / WhatsApp: 012-6316132

  • E-mel: djjusry7@yahoo.com
  • Bakau Minyak


Api-api Putih









PENGHANTARAN TERBARU JULAI 2026 KE PROJEK TEMBATAN BAJIR DI BAGAN DATOK PERAK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERAK

PEMBEKAL ANAK POKOK BAKAU

ANAK BENIH BAKAU BEREMBANG UNTUK DIJUAL