Khamis, 6 Mac 2014

EKO PELANCONGAN KUALA SEPETANG

             Pada 2hb Mac menunggu panggilan handphone dari En Azhar Pensyarah Kolej Antarabangsa Teknologi Cybernetic Kuala Lumpur.Lebih kurang jam 1 petang mereka sudah sampai dan terus makan Mee Udang Banjir Kedai Mak Jah.Aktiviti atas kehendak pelajar dan terpaksa membahagikan kepada 2 grop dengan trip pertama River Cruise perkampungan nelayan 1jam dan Aktiviti nelayan ke Kuala Sangga 2 jam.
             Aktiviti menyauk kerang dan memancing agak sukar dalam keadaan air pasang agak besar,sahabat saya Ah Leong terpaksa mengubah bot untuk mencari tempat yang ada ikan,namun tak sia-sia kerana seekor ikan duri setengah kilo dapat dinaikan pada minit-minit akhir aktiviti.Selepas selesai kami bertolak balik pada pukul 5 petang sampai di jeti sempat bergambar beramai-ramai.
             Ketika saya bersiap mengangkut batang pancing ada seorang pelancong melayu memberhentikan kereta bertanya tentang pakej yang saya tawarkan.Setelah berbincang dia berkata pakej yang auti cina murah lagi dari saya,padahal saya dah bagi diskaun padanya.Saya cakap,kalau begitu pergilah naik dengan cina tu..dia tak nak...Dia kata nak naik bot dengan saya dan minta kurang lagi rm10 ringgit. Namun saya mengalah sebab saya terbaca dalam nasihat Utzah masa kat jeti..katanya..rezeki biar sedikit asalkan berkat..
So saya layan jugak 2jam sampai habis kira-kira jam 7 petang.Terima Kasih pada En Azhar dan pelajar-pelajar tahun akhir di kolej beliau kerana sudi mengikuti pakej yang Kuala Sepetang Eco Tourism sediakan..ada rezeki kita jumpa lagi..bye..bye




               

Isnin, 3 Mac 2014

Pakej Memancing di Langkawi.

Kepada kaki pancing yang nak turun Langkawi boleh telifon,kami 013-476 8886 Cek Jas(tekong) atau 012-6316132 menyedikan pakej untuk kaki pancing yang ingin memancing di Langkawi.Sebuah bot dengan baru muat 10 orang.Mula dari pagi - petang atau setenga hari(1hari-sabtu ahad&cuti am sahaja.)hari bekerja perlu booking 2 minggu sebelum.harga boleh dirunding.umpan udang hidup.

Isnin, 24 Februari 2014

KURSUS ECO HOST ANJURAN KUALA SEPETANG ECO TOURISM

KURSUS ECO HOST
Kursus tersebut terbuka kepada semua pemegang lesen Pemandu Pelancong Alam Semulajadi.Maklumat kursus adalah seperti berikut:

TARIKH : 13 MAC 2014 

HARI : KHAMIS 9.00-5.30

TEMPAT :GLOBAL INSTITUTE of TOURISM
NO 75-77,TKT 2, JLN MUSTAFA AL-BAKRI, (Jalan Clare),
30300 IPOH PERAK

Peserta :          40 Orang
Penerbitan Sijil: TGA(Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Perak)
Urusetia:          Mohd Jusri Yusof  
No Talian:        012-6316132
Email    :           djjusry7@yahoo.com     
Untuk tempahan: Hantar nama penuh,no kad pengenalan dan no telefon(sms atau email)













Rabu, 19 Februari 2014

PAKEJ MEMANCING KELONG KUALA SEPETANG

Catatan yang menerujakan kaki pancing dan pengalaman yang sukar dilupakan.

Pada 10hb Feb saya dapat panggilan dari tekong bot laut dalam,Ah Leong mempelawa saya agar jadi Chef pada group nak pi memancing laut dalam pada 16hb-17hb,sebab group ni semua 12 orang semua melayu.Perancangan awal memancing dengan bot Kakap Tua.
Pada sehari sebelum bertolak dia telefon saya,memaklumkan bot tu rosak semasa bawa pelancong tengok kelip-kelip.Dia suruh saya datang pada pukul 12 tengahari,sebab perlu tukar bot lain,group memancing dah tunggu dah tak sabar sangat nak memancing sebab datang dari jauh.
Kami bergerak dari Jety Kuala Sepetang dalam pukul 2.00 petang dengan bot kerang kepunyaan taukeh sangkar ikan kat tengah laut yang saya kenal dengan panggilan Ah Pong.Saya ditanya...:" wat apa Lu ikut ini olang'' Saya cakap.."saya jadi tukang masa ini hari.."...dalam hati masak-masak juga..pancing tetap pancing..

Dikesempatan yang ada... saya macam biasa,sambil meyelam minum air.. memasak sambil memancing ..mata tengok rod pancing sebalah dapur..sambil dibantu oleh 2 pekerja Myanmar , Yaa Aung dan Tibbo.
Ikan Merah menjadi buruan sebab dalam sangkar ikan banyak Ikan Merah.saya cuma memancing di tepi sangkar ikan saja,dapat naikan 5 ekor Ikan Merah..(bukan dalam sangkar).Satu penyalaman yang sukar dilupakan. Sekadar menggunakan umpan udang sahaja..macam tak percaya je la...
Sebelum tido pukul 12mlm seekor ikan merah dapat dinaiikan dan seekor lagi ikan merah belum sempat gulung mesin ikan tu bawa lari masuk bawah sangkar dan tersangkut.. cuma lawan tarik saja..last2..putus..mungkin tak ada rezeki..
tersedar dari tidur jam 5 pagi..terus bangun,memancing sorang-sorang..memang tak sangka,dapat tawan 3 ekor ikan merah lagi..walaupun seekor sempat lari bawah sangkar..saya angkat sangkar dan sangkut pada paku,terus sujud kat papan,sebab nampak ikan tu tersangkut kat bawah.. dengan tangan benam dalam air..terus tangkap kepala..sentap dan angkat naik...fuuhhh lega...
Itu pun setelah member datang tolong pegang rod..ketika bising tu..anjing menyalak dan group pancing sedar dan mereka bangun sambung memancing...lebuh kurang 10 minit dengar suara bising,rupa-rupanya ikan merah besar dapat dinaikan...sebab besar sikit dari saya punya..bila di campu hampir 20 ekor ikan merah semuanya.
Keesokan Pagi jam 1000 pg..lepas sarapan nasi goreng..saya masak mee segera..lepas sarapan ..nak pi angkat pancing...tiba-tiba ada seekor ikan merah lagi..sebagai penutup...untuk dibawa balik..pemancing lain agak kecewa sebab umpan dah habis..nak mancing dah tak boleh...Nak pi cari umpan pun tak boleh sebab bot tak ada..
dalam pukul 12 bot sampai untuk bawa kami balik ke pengkalan..
selepas ini jika saya bawa group memancing,bot saya sentiasa parking kat sangkar ikan tu..dan biar saya beli umpan lebih,daripada umpan tak cukup..saya juga akan bawa 1 lagi umpan tambahan iaitu umpon-umpon....selain dari ikan merah..dapat Ikan Gelama,Duri,Kitang dan Ikan Tuka
Ikan yang saya dapat semua saya terpaksa ambil,sebab taukeh cina tak pun bagi duit upah memasak untuk group ni makan..sekadar beri seratus ringgit..nak makan 12 orang ..3kali makan..mana nak cukup..so..ikan yang saya dapat masuk dalam tong.bawa balik rumah.

Kepada yang ingin turun boleh call saya untuk booking bot.
Memancing di kelong sangkar ikan..bukan memancing dalam sangkar ikan.

KOS lebih kurang rm190 ke rm200 untuk seorang

(sebab cina sangkar ikan nak baayaran tinggi)
Maxima 10 pemancing- bot fiber
beserta umpan,makan minum 3 kali dan tempat tidur 2H1M

Bot Kakap Tua pun boleh pergi memancing laut dalam 2H1M..
Kos Mahal sikit rm2500
Hp saya 012-631 6132..Yusry..kat Fb Mohd Jusri..ok..TQVM
                                      MENGADAP LAUT


                                                                                                 IKAN MERAH
                              KELONG SANGKAR IKAN
                                                                                               BOT KAKAP TUA
                                                 BOT FIBER SAYA  

Khamis, 6 Februari 2014

PAKEJ LAWATAN BAJET KE TAIPING DAN KUALA SEPETANG

Cadangan Lawatan Sehari Sek. Men. Pengkalan Hulu

 CADANGAN TENTATIF LAWATAN
MASA
ATURCARA
RM
HARI PERTAMA

9.00am
Dijangka sampai-Taiping Haritage Trail


Taman Tasik-Muzium Perak dan Kilang Kopi Antong

10.00am
Muzium Matang-Minum pagi

11.00am
Kilang Arang Kayu

12.00 pm
Makan tengahari

1.30 pm
Rehat -solat

2.00 pm
Lawatan Hutan Eco Pendidikan Paya Laut Matang dan menyemai benih bakau

3.30 pm
Naik bot-Aktiviti nelayan: Memancing, menangkul ketam, menyauk kerang

4.00pm
Minum petang

5.30 pm
Kuala Sepetang Trail-menjejak tapak Keretapi Tanah Melayu pertama-singgah kedai hasil laut Kuala Sepetang


7.00 pm
Mee udang Banjir

8.00 pm
Dijangka Selesai


Aktiviti Bersama Tour Guide





Aktiviti malam
 Naik Bot Melihat kelip-kelip –Rm25(Slide Show)


 Zoo Night Safari                   -Rm17                          








Jumlah Untuk Seorang Pelajar


64

Sabtu, 11 Januari 2014

PAKEJ MEMANCING LAUT SELAT MELAKA

PAKEJ MEMANCING LAUT SELAT MELAKA

           Terbuka kepada kaki pancing yang berminat boleh booking untuk trip 2H1M,bermula di Jeti Kuala Sepetang Taiping Perak.Umpam,makan dan minum disediakan,bot besar dilengkapi GPS,bilik accon,dapur dan tandas.Saya baru selesai trip pada 5hb Jan 2014 yang lalu,dapat menaikana ikan besar termasuk ikan merah.haruan tasek,jenahak,tebal pipi,sotong dan lain2 ikan spises ikan sisik.
           Harga untuk seorang adalah lebih kurang rm250 ke rm300,cuma perlu bawa rod dan mesin sahaja serta persalinan untuk 2H1M.



CARA BUAT PROPOSAL UNTUK MOHON DANA PEMBIAYAAN  ATAU GERAN UNTUK AGENSI KERAJAAN Ingin saya kongsikan di sini beberapa tips berkaitan cara b...