Ahad, 3 Julai 2016

PERKHEMAHAN DAN LAWATAN KE TAIPING DAN KUALA SEPETANG

        Sebelum menganjurkan sesuatu progran, susun atur jadual perlu disiapkan terlebih dahulu.Apabila mendapat persetujuan dan penetapan tarikh sesuai barulah kru dan staf dipanggil berkumpul untuk mensyuarat bagi mengihkan tugas masing-masing.Kami mempunyai staf dan Jurulatih yang bertauliah dalam bidang kejurulatihan terdiri dari bekas tentera,staf jabatan hutan,guru sekolah,ustaz dan jurulatih reakrasi.

                                        Penyediaan jadual adalah seperti dibawah :

          JADUAL LAWATAN PERKHEMAHAN KE TAIPING DAN KUALA SEPETANG


MASA
AKTIVITI LAWATAN

1500
HARI PERTAMA
Di jangka tiba -Pendaftaran
1530
Taklimat
1600
Aktiviti 1-Mengumpul kayu lidi satay dan getah
1630
Sembahyang Asar
1700
Cara pemasangan khemah-Taklimat Keselamatan
1930
Sembahyang magrib
2000
Makan malam
2030
Sembahyang Isyak
2230
Permarkahan Aktiviti 1-

HARI KE 2
0530
Bangun dan urus diri
0545
Sembahyang subuh
0630
Senaman pagi
0730
Sarapan Pagi
0830
Aktiviti 1. Trekking 
0930
Aktiviti  2.Melawat pusat eko pelajaran Kuala Sepetang
1030
Aktiviti 3. Menyemai benih pokok bakau
1130
Aktiviti 4. Melawat Kilang Arang
1230
 Makan tengah hari.
1330
Sembahyang Zohor
1400
Aktiviti 5. Haritage trail-sejarah KTM
1430
Aktiviti 7. menaiki bot river cruise
1630
Sembahyang Asar
1700
bertolak balik ke tapak perkhemahan
1800
Persiapan persembahan-fire camp
1930
Solat maghrib
2000
makan malam-BBQ
2030
Solat Isyak
2100
Persembahan -fire camp
2300
Rehat 

Hari ke-3
0530
Bangun dan urus diri
0545
Sembahyang subuh

HARGA    RM100 KE RM140 SEORANG
 -bergantung pada aktiviti dan umur pelajar






0630
Senaman pagi
0730
Sarapan Pagi
0830
Gotong royong-kemas dan lipat khemah
0930
Persiapan majlis penutup
1000
Majlis penutup dan penyampaian
1100
Majlis selesai-Bertolak balik

Selasa, 24 Mei 2016

PROGRAM KEM MOTIVASI KEPIMPINAN


SELAMAT DATAANG SMKA BESUT TERENGGANU

HARI PERTAMA
MASA                                                                          PERKARA

2.30 Ptg                    Tiba di Kem Motivasi Kepimpinan Mawaddah Chalet Batu Kurau Perak
                                  -Check In
4.30 Ptg                    Minum Petang-Sandwich dan air teh panas/teh O
5.00 Ptg                    Taklimat Program,Keselamatan dan Disiplin(orientasi)
6.30 Ptg                    Makan malam-Nasi tomato,ayam masak merah,jelatah,buah oren dan air sirap
7.30 Ptg                    Solat maghrib berjemaah(Solat Jamak Takdim)
8.00 Mlm                 Kuliah Maghrib -Anak Soleh
9.30 Mlm                 Supper-bubur kacang
10.00 Mlm               Ice Breaking-Membina Ukhwah)
11.30 Mlm               Aktiviti Mawaddah,zikir dan bacaan surah Al-Mulk
12.00 Mlm               Rehat diri


HARI KE-2

5.00 Pg                  Qiamullail-Solat Subuh dan tazkirah
                              -Pemimpin Solehah Peminpin Cemerlang
7.30 Pg                  Urus diri dan sarapan pagi
8.00 Pg                  Riadah Outdoor-Merempuh Halangan dan Cabaran Pemimpin Cemerlang
10,00pg                 Rehat -minum pagi-Solat Dhuha
10.30Pg                Sambungan-Riadah Outdoor-Merempuh Halangan
12.30Tgh              Makan Tengahari
1.30 Ptg                Solat Jamak Zohor dan Asar/Solat Jumaat
2.30 Ptg                Lawatan Ke Bandar Taiping dan Kuala Sepetang
                             -Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang
                             -Lawatan Kilang Arang
                             -Makan Me Udang Banjir
                             -Lawatan Tempat Sejarah Taiping
8.00 Mlm              -Zoo Taiping Night Safari
11.00 mlm            Bertolak balik ke Kem Mawaddah
11.30 Mlm            Aktiviti Mawaddah,zikir dan bacaan surah Al-Mulk
12.00 Mlm            Rehat diri




HARI KE-3

6.00 Pg                 Solat Subuh-Tazkirah Membina Sasiah Diri Seorang Pemimpin
7.30 Pg                 Urus diri dan sarapan pagi
8.00 Pg                 Ceramah-Motivasi Kepimpinan
10,00pg                Rehat- minum pagi -Solat Dhuha
10.30Pg                Refleksi Diri-Cemerlang Dunia Akhirat
12.30Tgh             Makan Tengahari
1.30 Ptg               Solat Jamak Zohor dan Asar
2.30 Ptg               Majlis Penutup -Penyampaian Sijil dan Cenderahati
3.30 Ptg                Bersurai





KAMI SENTIASA MEMBERI LAYANAN YANG TERBAIK KEPADA SEMUA PIHAK YANG MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI DALAM SEGALA PROGRAM YANG KAMI KENDALIKAN.TERIMA KASIH DIATAS KEPERCAYAAN GURU YANG MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN MAWADDAH DAN KSET MENGENDALIKAN PROGRAM MOTOVASI INI.





Selasa, 8 Mac 2016

PERTANDINGAN EXPLORACE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG(UMP)

Setelah lama merancang untuk mengadakan "Explorace Game" di Kuala Sepetang.Kepercayaan yang diberi oleh UMP kepada Team Kuala Sepetang Eco Tourism untuk mengendalaikan progran ini amat-amatlah dihargai.Dari perkenalan En Hisham yang dulunya pelajar UiTM Puncak Alam pernah menggunakan khidmat saya untuk trekking Gunung Semanggol dan lawatan ke Kuala Sepetang.

Kali ini dia sudah pun menjadi staff UMP yang membawa semua staff termasuk Dato' Yusrie Naib Canselor UMP,yang turut serta bertungkus lumus menyertai explorace ini.Saya amat berbangga dengan keperhatinan beliau yang sanggup bermain lumpur bersama orang-orang kuat beliau.

Sedikit gambaran aktiviti dan gambar sepanjang program ini berlangsung.

-Berkumpul di Kilang arang
-Taklimat aktiviti,dan bacaan doa.
-mengopek kayu bakau hingga licin sebatang tiap kumpulan
-pikul kayu tersebut masuk ke dalam tanur kilang arang

-keluarkan semula kayu setelah juri membuat pemeriksaan
-packing arang 5 pack berat 4kg,berat yang terdekat dikira pemenang

-bergerak ke Pusat Eko Pelajaran
-mencari benih bakau kat lumpur satu setiap peserta
-cari anak bakau dan tanam kawasan lumpur
-semai benih seorang 1 tabung









..rehat.makan tengahari..solat

-berkumpul di jeti untuk taklimat keselamatan
-Naik bot ke pulau kulit kerang,buat kraftangan menggunakan kulit kerang
-naik bot ke sangkar ikan..sauk ikan dan pindah ke sangkar sebelah
-tangkap ikan buntal dan sentuh
-siang ikan telapia tadi,goreng dan makan seekor tiap 1 kumpulan
-Majlis penutup di Warung Me Udang Makteh

-penyampaian sijil dan cenderahati

Terima kasih..Naib Canselor Dato Yusrie yang sanggup berpeluh turun padang join aktiviti dan semua yang terlibat.Sporting.. antara group yang terbaik pernah kami handel.

Sabtu, 13 Februari 2016

TREKING KE AIR TERJUN SEPUTIH IJOK PERAK

Air terjun Seputih adalah salah satu tempat yang cantik dan menarik untuk dikunjungi.Bagi yang meminati pengembaraan dan outdoor boleh mengunjungi air terjun ini yang terletak di 30km utara Batu Kurau.Kepada yang berminat boleh datang berkumpulan dengan menggunakan kereta dan parkir serta berjalan kaki kira-kira 30minit untuk sampai ke air terjun ini,

Air terjun ini jarang dikunjungi mungkin kerana ianya jauh sedikit dan ramai dikalangan kita tidak mengetahui adanya air terjun di sini.Ketika saya mula-mula menjadi pemandu pelancong saya pun tidak tahu apabila ada pelancong dari Ipoh yang bertanyakan tentang air terjun ini.

Kepada yang berminat bolehlah hubungi saya 012 6316132 untuk kita aturkan menerokai dan menjejaki ke air terjun ini.Dengan memberi bayaran kita menyusuri hutan dengan membawa bekalan dan pakaian untuk mandi- manda di sini.Saya cadangkan kumpulan melebihi 10 orang dengan pakaian outdoor serta kasut tapak getah atau kasut sukan(reakrasi luar)

Jika pelajar ramai melebihi 30 orang saya akan memanggil 3 orang Tour Guide untuk membantu menjejaki air terjun ini.-----SELAMAT MENEROKAI PERAK-----






Khamis, 7 Januari 2016

MODUL KURSUS USAHAWAN SAMBIL MELANCONG

Saya mendapat panggilan dari badan berkanun agar menganjurkan kursus Usahawan Sambil Melancong di Kuala Sepetang.Setelan membuat perancanagan teratur jadual dan modul siap disusun.Bersama 3 orang staf berpengalaman kami mengagihkan tugas untuk mengelakan sebarang kesulitan berlaku.
Saya tidak mengangka sahabat saya yang tahu tiba-tiba memaklumkan dia berminat untuk sertai.Saya menyatakan modul ini berkursus sambil bersantai di Kuala Sepetang.Kelas tidak terlalu membosankan sebab kita ada aktiviti diselang seli dengan melancoing.
Saya paparka sersedikit modul yang telah dirancang.

Hari Pertama

· Ucapan Pembukaan dari Kem Komandan
· Suaikenal Fasilitator
· Pelantikan AJK 
· Orientasi-Pengenalan diri-Ice Breaking
· Bihun dan teh O
· Berkongsi ilmu usahawan dengan penceramah jemputan
· En Khairul Salleh
· En Mohd Jusri Yusoff
· Kebolehan berkomunikasi secara spontan

· Urus diri dan solat Maghrib
· Penerangan habitat kelip-kelip
· Potensi setempat
· Bekerjasama membakar ayam dan udang
· Urus diri dan kudapan








Hari Ke 2


· Aktiviti ringan untuk kesihatan fizikal
· Sarapan 
· Modal Insan
· Doa Pembuka Pintu Rezeki
· Pembangunan Modal Insan
· Interpritasi diri,sejarah,komuniti dan 
· Kepantasan membuat keputusan 
· Minum Pagi
· Penamat pencarian harta karun
· Makan Me Udang Banjir dan Solat Zohor
· Bot river cruise ke sangkar ikan 
· Sandwich
· Mendekati diri dengan alam
· Lawatan bilik pameran Jabatan Hutan
· Rehat dan solat Maghrib
· Nasi campur
· Bubur kacang

Sabtu, 28 November 2015

PEMANDU PELANCONG KUALA SEPETANG

BIODATA PEMANDU PELANCONG
 MOHD JUSRI B MOHD YUSOFF  TG12365
Mula menceburi dalam bidang eco pelancongan secara sambilan pada tahun 2012 selepas bersara dari Angkatan Tentera.Apabila ramai pelancong yang datang ketika itu beliau mula membuka langkah dengan mengambil lesen Pemandu Pelancong pada 2013.Pada tahun tersebut juga ramai pelancong dan rombongan sekolah yang datang ke Kuala Sepetang yang jumlahnya meningkat dari tahun ke tahun.Pada tahun 2015 ini sahaja beliau sudah membawa 101 trip rombongan dengan 5127 pelancong,termasuk pelancong yang datang tidak membuat tempahan.

Nama Kuala Sepetang mula terkenal dengan me udang banjir adalah tarikan utama pelancong disini.Pelbagai lagi tempat menarik di sini termasuk kilang arang ,sejarah Keretapi Tanah Melayu,Pusat Eko Pelajaran,hutan bakau,bot jelajah sungai, kelip-kelip Sg Sepetang,ikan lumba-lumba dan Taiping Bandar Warisan.

Kebiasaannya tempahan yang diterima dari rombongan IPTA,SMK, SK dan NGO yang menggunakan perkhidmatan beliau bagi menjalani program di Kuala Sepetang ini.Tidak ketinggalan juga pelancong dari luar negara juga datang dengan beliau termasuk Ubekistan, Eropah,Australia,Macau,India Francis dan Jepun datang ke melawat tempat-tempat menarik di sini.

Beliau juga mengutamakan layanan yang terbaik dan mesra dengan pelancong adalah tema dalam memberi perkhidmatan mengikut kehendak pelancong yang datang.Pelbagai pakej yang ada disini menyebabkan pelancong meningkat dari tahun ke tahun yang mana majoritinya pelajar yang menyertai program pedidikan alam sekitar dengan aktiviti menyemai atau menanam anak pokok bakau yang dijalankan di Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang.

Stesen TV juga tidak ketinggalan menggunakan perkhidmatan beliau untuk progran di Kuala Sepetang dan Taiping.Memulakan dengan rancangan Cuti-Cuti 1Malaysia bersama TV Al-Hijrah,Sarapan TV3 dengan 3 episod,TV2 Jelajah Masakan Pegro bersama Chef Liza dan TVi Jaguh Joran peringkat separuh Akhir sebagai tekong dan pengadil rancangan tersebut.

Peningkatan kedatangan pelancong meningkat setiap tahun iaitu seramai 
22 000 pelancong pada tahun 2013 dan tahun  46 000 pelancong pada tahun 2014 datang ke sini.Malah pengusaha bot pelancong juga meningkat dari 3 buah pada 2012 sekarang sudah mencecah 30 buah beroperasi di sini.Pelancong yang datang ke sini seolah-olah satu kewajipan untuk menaiki bot bagi menikmati keindahan suasana perkampungan nelayan dan kecantikan hutan paya laut yang terbentang luas.

TESTIMONI
Pensyarah UiTM Puncak Alam
“Kuala Sepetang mempunyai satu pakej yang lengkap dan unik berbanding dengan lain-lain tempat yang pernah saya lawati.Kami amat berpuashati dengan
layanan sepanjang Program Damai Alam 11 di sini, berbanding dengan Damai Alam 1 di selatan semenanjung agak mengecewakan ”


Puan Azrina bt Mohd Zawawi-SMK Raja Lope Tanjung Piandang Perak

Terima kasih diatas penganjuran lawatan yang sungguh berinfomasi.Sangat berbaloi dari segala aspek seperti Sejarah,Sains,Biologi serta reakrasi.Sebagai seorang guru saya memang mecadangkan agar pihak sekolah dapat mengadakan aktiviti sebegini lagi untuk para pelajar pada masa akan datang.Banyak juga maklumat baru yang guru perolehi sepanjang lawatan di sini.Memang terbaik 5 bintang dari kami.Inshaalah kami akan datang lagi pada bulan November nanti”



















Isnin, 26 Oktober 2015

GAMBAR ECO PELANCONGAN MENARIK DI KUALA SEPETANG

Tourism Perak meminta pada saya gambar-gambar menarik di sekitar Kuala Sepetang untuk di masukan ke slide semasa Anugerah Pelancongan Taiping diadakan di Ipoh nanti.dalam senarai banyak gambar menarik yang saya ada.Eco pelancongan di sini adalah satu distinasi terbaik untuk pelancong menikmati suasana hutan bakau dan melihat sendiri aktiviti nelayan.









CARA BUAT PROPOSAL UNTUK MOHON DANA PEMBIAYAAN  ATAU GERAN UNTUK AGENSI KERAJAAN Ingin saya kongsikan di sini beberapa tips berkaitan cara b...