Khamis, 31 Oktober 2013



Bot baru bersedia untuk membawa pelancong bersantai Kuala Sepetang untuk aktiviti river cruise,aktiviti nelayan ke Kuala Sangga dan melihat kelip-kelip.
















Gambaran senja di Kuala Sepetang

Sabtu, 26 Oktober 2013

TEMPAT PELANCONGAN MENARIK DI TAIPING DAN KUALA SEPETANG

            Pakej yang disediakan oleh Kuala Sepetang Eco Tourism menarik perhatian dari Guru dan pelajar sekolah serta pelajar IPTA untuk memilih pakej lawatan sambil belajar dan menjalankan aktiviti riadah di sekitar Taiping dan Kuala Sepetang.Dalam masa 3 hari 24 Okt 2013 hingg 26 Okt 2013, 4 buah sekolah dan satu dari UiTM Shah Alam yang datang untuk mengikuti pakaej yang disediakan.

24 Okt-Sk Seri Pangkor 51 peserta 1 Hari-51 peserta
           -SMK Tmn Hitech Kulim 2H1M-43 peserta
           -SMKA Al-Irshad Kepala Batas 3H2M-170 peserta

25 Okt-SMK Sg Besar -83 Peserta

26 Okt-UiTM Shah Alam-37 Peserta

Jumlah yang paling ramai sepanjang saya menjadi Tour Guide disini.Aktiviti semua berjalan lancar SMKA Al-Irshad peserta paling ramai dengan aktiviti yang padat sepangjang 3 hari 2 malam.terima kasih semua yang sudi mengambil pakej yang disediakan oleh kami di KSET.
Kepada yang ingin datang ke sini boleh hubungi saya di taliaan 
012-631 6132 Yusry  atau djjusry7@yahoo.com






SK SERI PANGKOR-Semai Benih Bakau





SMK SG BESAR - Mendaki Bkt Larut






SMK TMN HITECH KULIM-Aktiviti Nelayan Kuala Sepetang-Kuala Sangga
  




UiTM SHA ALAM-River Cruiser Kuala Sepetang

Ahad, 6 Oktober 2013

PELANCONGAN RIVER CRUISE KUALA SEPETANG

          Bawa Mr Raja dan keluarga dengan perasmian bot baru enjin 100hp menyusuri sungai di Kuala Sepetang ke muka Laut Selat Melaka sambil melihat burung helang.Memang banyak burung helang pada petang yang mendung itu mungkin kerana lapar semua burung di sekitar hutan bakau datang mencari makan.Semasa perjalanan sempat lihat aktiviti nelayan menyauk kerang dan memberi makan ikan dalam sangkar.













 Jadi jurumudi bot tak jadi masalah..nak side parking  bot,kena praktik lagi..




Banyaknya burung helang






                                                                                                                     Jeti Kuala Sepetang

Selasa, 10 September 2013

KAYU BAKAU UNTUK DI JUAL

         Kayu bakau jenis bakau minyak Kuala Sepetang untuk di jual dengan harga Rm9.00 sebatang,bergantung pada jumlah kuantiti yang di beli.Pak Sobri memang terkenal sebagai taukeh kayu bakau di sini yang merupakan sebahagian daripada pembekal kayu bakau untuk binaan pilling.Kepada pembeli yang ingin membeli,boleh hubungi saya untuk urusan pembelian.Saya selalu ke Kuala Sepetang membawa pelancong kebetulan di sini salah satu tempat untuk menurunkan bot.Bot pelancong saya nanti akan diturunkan disini jika pihak Jabatan Hutan tidak memberi kebenaran untuk saya guna pelantar mereka untuk menurunkan bot saya.
         Di sini merupakan kawasan bakau yang luas lebih kurang 40 ribu hekter,meliputi dari utara Kuala Gula hingga ke selatan sempadan Beruas-Pantai Remis, jarak di darat 50km dan lebar 13km antara terluas di semenanjung.Semua tender penebangan di kawal selia oleh jabatan hutan ini serta pengawasan penguatkuasaan juga di pantau agar tidak ada penebangan haram menceroboh hutan bakau ini

 Tempat ini namanya Balang Kayu Kuala Sepetang di mana tempat pengumpulan kayu untuk dipindahkan ke atas lori untuk di hantar kepada pembeli.

Ahad, 1 September 2013

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Lawatan sambil belajar dari SMK Perlis ke Kuala Sepetang yang tiba di Kem Prasa Bukit Gantang sebelum sembahyang jumaat.Semua 72 orang pelajar termasuk 5 guru yang di ketuai Cikgu Nadia.
aktiviti :

-Menaiki bot.menangkul kerang,memancing,melihat burung,aktiviti nelayan hingga ke Kuala Sangga
-Melawat Pusat Pendidikan Hutan Paya Laut Matang
-Kilang Arang
-Mak Teh Mee Udang Banjir
-Majlis BBQ di Kem Prasa
-Taman Tasik
-Zoo Taiping
Walaupun petang hujan dah mula turun pada waktu petang sambil panaskan badan dengan mee udang Mak Teh.Setelah semua setel,student nampak happy and enjoy tak nampak letih..semua makan kena bayar sendiri sebab tak ambil harga pakej,terdetik dalam hati..banyak jugak duit budak-budak ni..
malam ni sambung BBQ pulak kat Kem Prasa nanti.
Kami pun amat berpuas hati dengan layanan dan khidmat pelanggan yang kami berikan kepada pengunjung ,sebab itu adalah visi kami untuk menjaga kualiti perkhidmatan yang terbaik.Syarikat kami tak menjual barang untuk di nilai,sekadar memberi perkhidmatan terbaik dan pakej yang menarik untuk semua pelancong dari dalam atau luar negara.Pun begitu kami sentiasa menjaga imej tempat ini kerana ianya merupakan salah satu tempat tarikan pengunjung ke Negeri Perak.  

Khamis, 29 Ogos 2013

MENSYUARAT KEMAJUAN PELANCONGAN TAIPING


Mensyuarat di pengerusikan oleh Dr. Kevin Ketua Pengarah Zoo Taiping,saya mewakili Syarikat Kuala Sepetang Eco Tourism.Kehadiran lebih kurang 30 peserta termasuk wakil hotel Sentosa Villa,SSL,Panorama dan Hotel Pedana.Kementerian Pelancongan Ipoh Perak dan Taiping,Zoo,Muzium Perak dan Matang,Jabatan Hutan,Poly Travel ATV ride,Kilang Kopi Antong,Mr Chuah,Homestay Bkt Gantang,Bkt Jana Golf dan Galleria.
Dipengerusikan oleh Dr Kevin,dan dibantu oleh Puan Hanim memaklumkan pengubahsuaian zoo untuk penempatan gajah dan medan ala Sahara.
-Harga tiket zoo akan dinaikan
-menubuhkan kelab ahli zoo dengan harga diskaun
-memasarkan produk dan pakej pelancongan di Taiping Luar Taiping
-NCIA ada membuka Kiorsk di Pulau Pinang untuk mempromosi Taiping dan perlukan agensi untuk hantar Katalog untuk menjual pakej di Taiping.
Semua peserta diberi masa untuk berucap,yang mengambil lebih 5 minit adalah dari ATV Ride Bkt Larut,Muzium Perak,Kuala Sepetang,Kilang Arang Kayu,Galeria,Pesatuan Pelancongan En Halim dan wakil Pelancongan En Kamarudin.
Saya berucap seperti yang tulis dan selang seli dengan pertanyaan berkenaan pakej pelancongan
Dan pihak pelancongan Perak mencadangkan agar mengambil lessen dengan kementerian Pelancongan.Saya beritahu kita dah daftar dengan SSM dan tidak menggunakan Tourism hanya Track, jika pelancongan perlu ada syarat lain dengan Kementerian Pelancongan.
 Dua perkara yang perlu diambil perhatian serius dari mesyuarat ini ialah pemasaran produk dan pakej pelancongan di Taiping Luar Taiping dan perlesenan dari Pelancongan. Semua saranan dan teguran pihak berkuasa perlu diambil serius untuk memudahkan operasi dan kerjasama yang lebih erat di masa depan


1.    

Jumaat, 23 Ogos 2013

PAKEJ PELANCONGAN BAJET TAIPING DAN KUALA SEPETANG




012-6316132  YUSRY    
 email : djjusry7@yahoo.com
Coordinates 4°50'5"N   100°37'37"E
Minimum RM80
Or RM15 per pax

We have 133 Trees that glows with thousand of fireflies 
Touring Distance: 12 km.  approximately 2 hours
NEW: River Cruise and Fireflies Tour
Start at 7.00 pm Cruise along fisherman village and see their lifestyle, beautiful sunset and fireflies
Minimum RM300 or RM45 per person


Package A   
Fireflies Only
Big boat RM300.00
Touring Distance: 12 km.  approximately 2 hours
Start at 8.00 pm, 9.00pm
One big boat @ minimum  RM200 @ RM30 per head
We recommended  big boat as it is more stable and safe suitable for carrying family and child
Best tour time is at 7.00pm
Package A   
Mangrove Tour Only (Using tour boat)
Big boat RM300.00
Touring Distance: 12 km.To Kuala Sangga an isolated fisherman village  approximately 2 hours
Best Start at 3:00-5:00 pm or 5.00 - 7.00 pm
One big boat @ min RM200 @ RM30 per head 
Take a boat ride by the path the fisherman used to go to the open sea. This is the place where you can see the dolphin. See the fisherman doing their job harvesting cockles and feeding the fish in the farm. Spot birds and eagles.
Package B
Mangrove Tour and Fireflies
Big boat RM600.00
fisherman boat bow
Touring Distance: 30 km.approximately 4-5 hours
including visit mangrove swamp, fisherman village, cockle farm, fish farm, birds watching, sunset, fireflies sighting and dolphin  (if you are lucky enough)
(4.00 to 8.00 pm) @ (5.00 to 9.00 pm)  One big boat @ minimum RM400 @ RM60 per head.
Package C. 
Fisherman activities, Mangrove Tour and Fireflies 
Big Boat RM900
Start at 3.00pm Sample of itinerary 
Dinner Packages /Pakej Makan Malam
Team Building Paint Ball
Kuala Sepetang Seafood Restaurant
KELIP-KELIP KG DEW KUALA SEPETANG Fireflies, 
One of the best interesting attraction place in Taiping for you to visit.
KAMUNTING, TAIPING, PERAK.
Time: 7.00pm to 11.00 pm every night
Pakej makan malam
Contact
012 631 6132 Yusry
Email:  djjusry7@yahoo.com.my
Resit Makan Malam Di Restoran Seafood
Our packages is expensive because we give professional briefing   and offer tour to nature lovers only.
















CARA BUAT PROPOSAL UNTUK MOHON DANA PEMBIAYAAN  ATAU GERAN UNTUK AGENSI KERAJAAN Ingin saya kongsikan di sini beberapa tips berkaitan cara b...