Catatan

PERKHEMAHAN SMK PENGKALAN AUR 2014

Imej
JADUAL AKTIVITI PERKHEMAHAN Hari Pertama. Membina menara dari kayu bakau. Panjang 15 kaki. Sila bawa gergaji dan tali sendiri. Memasak lauk makan malam sendiri. (Nasi, Peralatan dan bahan disediakan) Hari Kedua Sarapan buat sendiri (Air panas & Bahan untuk buat sandwich disediakan) Aktiviti 1. Lawatan ke Hutan Pendidikan dengan renjer Aktiviti 2. Lawatan ke Pusat Interpretasi dengan renjer Aktiviti 3. Menyemai benih pokok bakau di tapak semaian Aktiviti 4. Mencari lokan dan kerang untuk buat lauk. Aktiviti 5. Lawatan ke Kilang arang kayu dengan renjer. Aktiviti 6. Memasak lauk makan tengah hari. Aktiviti 7. Memasak minum petang sendiri Aktiviti 8. Persembahan budaya. Aktiviti 9. Pemeriksaan khemah dan chalet Aktiviti 10. Penilaian kumpulan terbaik. Hari Ketiga Buat sarapan sendiri. Pemeriksaan khemah Perhimpunan Lawatan ke Pekan Kuala Sepetang dan perkampungan

tonton-home-channels-tv3-sarapan 2014-episode 10 - Sarapan 2014 - Episode 10

tonton-home-channels-tv3-sarapan 2014-episode 10 - Sarapan 2014 - Episode 10

KEM REAKRASI BATU KURAU DAN TAIPING

Imej
KEM SITE CHANGKAT JERING DAN BATU KURAU TENTATIF KEM JATI DIRI DI CAMP SITE BATU KURAU PERAK -POLYTECH MARA KUALA LUMPUR Hari Pertama 2.00 pm Dijangka sampai. Daftar diri di Kem dan check In chalet 2.30 pm Rehat-Solat Zohor 3.00 pm Taklimat aktiviti Kem Jati Diri 3.30 pm Orientasi Kem dan kawasan aktiviti 5.00 pm Sukan santai/tradisional 7.00 pm Solat Maghrib dan tazkirah ringkas 8.00 pm Makan malam 8.30 pm Solat Isyak 9.00 pm Modul 1-tugasan melukis logo kumpulan dan penerangan 12.00 Tidur Hari ke-2 6.30 am Bagun, solat subuh 7.30 am Sarapan 8.00 am Aktiviti outdoor -1 Jungle tracking 10.00 Aktiviti outdoor -2 merempuh halangan 10.30 Rehat –minum pagi 11.00 Aktiviti team building 1 12.30 pm Makan tengahari-sembahyang zohor 2.30 pm Aktiviti team building 2 3.30 pm Aktiviti team building 3 4.30 pm Aktiviti Masak Medan-minum petang 5.00 pm Merentas sungai 6.00 pm Tugasan untuk malam kebudayaan 7.30 pm Solat maghrib 8.00 pm Majlis BBQ 8.30 pm Persembahan Malam Kebudayaan 12.00 pm Tidur ...

BOT BARU BAGI MERANCAKKAN ECO PELANCONGAN

Imej
          Terima kasih pada En Razali dan En Hisham yang sertai saya untuk membeli bot pelancong di Kuala Sepetang Taiping.Saya cuma sekadar nak tolong orang-orang melayu untuk sertai industri yang sedang rancak ini.           Setelah kami bermensyuarat penubuhan persatuan pelancongan,ada perkembangan positif bagi menggalakana kehadiran pelancong di sini.Sebelum ini saya terpaksa memanggil bot cina untuk sertai saya bawa pelajar yang ramai datang dengan bas.Sedikit maklumat tentang penubuhan persatuan ini: KERAJAAN MALAYSIA JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA RESIT RASMI ASAL No. Resit : 01010014003313 Tarikh : 06/05/2014 01:37:46 Diterima daripada : PERSATUAN PENGUSAHA PELANCONGAN KUALA SEPETANG No. Daftar Pertubuhan : NSID-067-02052014 Alamat : 48, JALAN 4, TAMAN JANA SETIA 2, 34600 KAMUNTING, PERAK. 34600 TAIPING PERAK  MAKLUMAT JAWATANKUASA Pengerusi MOHD JUSRI BIN MOHD YUSOFF Timbalan Pengerusi ELIAS BIN MAHU...

PENGAMBARAN PROGRAM TV3 MEMILIH AKTIVITI DI KUALA SEPETANG

Imej
Sedikit petikan dari surat Penerbit Rancangan Sarapan TV3...    Memohon Kebenaran Penggambaran                     Memandangkan Kuala Sepetang terkenal dengan budaya yang unik serta menjadi perhatian pelancong dari luar negara, Kami berhasrat untuk mengadakan penggambaran di kuala Sepetang. Ia juga dapat mempromosi Kuala Sepetang untuk tatapan semua penonton di Malaysia. Satu episod 30 minit akan dilakukan di sekitar negeri Kuala Sepetang dan Kuala Kangsar.           Seperti yang dinyatakan di atas, 'Sarapan' adalah program ‘Travel Log’, akan mengetengahkan aktiviti pagi yang boleh dilakukan sama ada selepas atau sebelum bersarapan. Rancangan Sarapan ini di keudara setiap Ahad,  Jam 9 Pagi dan telah mancapai rating sebanyak 500 ribu penonton setiap episod.            Bagi pihak TV3, saya amat berharap agar pihak tuan/puan dapat memberi kerjasama. Ke...

PROGRAM ALAM SEKITAR UiTM SHAH ALAM

Imej
         Program yang diberi nama Damai Alam 11 yang mana siri 1 pernah dilaksanakan di Kukup Johor.Kali ini berlangsung di Kuala Sepetang Taiping Perak dengan aktiviti di susun atur oleh Kuala Sepetang Eco Track.Aktiviti yang melibatkan menyemai benih,menanam  bakau,menjelajah hutan bakau,lawatan ke kilang arang dan menaiki bot mencari kerang dan dolphin.           Semua 82 peserta termasuk pensyarah dibahagikan dengan 3 kumpulan dengan pecahan 3 aktiviti dibantu oleh 3 Tour Guide,En Yusri,En Khairul dan En Razali.Pelajar sebenarnya teruja untuk menaiki bot memancing, melihat dolphin dan burung helang serta menyauk kerang.             Semua aktiviti berjalan dengan lancar walaupun hanya kumpulan kedua trip naik bot yang berpeluang melihat Ikan Dolphin.Saya yang sudah biasa dengan aktiviti ini pun berpuas hati melihat mereka gembira sepanjang masa berbanding sebuah IPT dari Pantai Timur yang terenc...

IKAN LUMBA-LUMBA KUALA SEPETANG

Imej
          Pada lawatan kali ini rombongan dari SMK Sultan Omar dari Dungun Terengganu melawat dibawah pakej Kuala Sepetang Eco Tourism.Kehadiran 24 pelajar istimewa serta 5 orang guru  ini diketui Cikgu Azram bermula dari Bukit Merah,Bukit Larut dan Kuala Sepetang.           Lawatan pertama dibawah kendalian saya bermuala di Muzium Ngah Ibrahim,Kilang Arang,Hutan Eco Pendidikan,naik bot memancing, melihat kelip-kelip dan makan malam di Kedai Mee Udang Banjir Mak Teh.   Kenangan yang sukar dilupakan adalah bertemu dengan ikan lumba-semasa aktiviti river cruise. Air hari ni memang cantik, tenang dan jernih kehujauan.Yang menyeronokan.. apabila dapat melihat Ikan Dolphin bermain-main depan bot kami seolah-olah menyambut ketibaan kami.Belum saya temui ikan sebanyak ini sepanjang bawa pelancong,malah muncul di tepi bot saja.Kalau nak dikira melebihi 15 ekor sebab muncul dalam 3-4 dalm kumpulan kecil.       ...