Catatan

PROGRAM LAWATAN CUTI SEKOLAH

Imej
Menerima lawatan pelajar dari Sekolah kebangsaan,sekolah menengah dan IPTA bagi program lawatan sambil belajar dan program alam sekitar Hutan Paya Laut Matang Kuala Sepetang. Banyak rombongan datang selepas tamat peperiksaan dan kami terpaksa menambah staf bagi melancarkan program lawatan dan bersedia memberi penerangan  kepada tetamu yang datang.                 Kami telah mengatur jadual atau tentatif  lawatan telah pun melantik seoran Guide untuk membawa rombongan sepanjang lawatan berlangsung.Pakej yang disediakan termasuk:   -Makan dan minum -Penginapan -Tour Guide -Bot Pelancong -Dewan dan cafe -Sound System dan projector dan lain-lain                  Kami juga menerapkan nialai-nilai murni dalam penjagaan alam sekitar serta pendidikan dalam menghijaukan bumi.Banyak rombongan berpuas hati ...

LAWATAN SEKOLAH MENENGAH TAMBUN

Imej
0900 Muzium Sejarah Kota Ngah Ibrahim 1000 Taklimat dan beri tugasan 1030 Rehat Minum Pagi 1100 Trekking Hutan Eko Pendidikan 1200 Semai Benih Bakau 1230 Cari kerang dan lokan 01.30 Makan tengah hari 0230 Sembahyang zohor 0330 Lawatan Kilang Arang 0430 Minum Petang 0500 Kuala sepetang Haritage Trail 0600 Pembentangan tugasan 0700 Mee Udang Banjir Mak Teh 0730 Sembahyang Magrib-bertolak balik ke Ipoh

PERKHEMAHAN SMK PENGKALAN AUR TAIPING DI KUALA SEPETANG

Imej
Perkhemahan 3 hari 2 malam,penuh aktiviti alam sekitar Semai benih bakau Lawatan sambil belajar Kilang arang Treking hutan bakau Cari kerang Masak makan sendiri Team building Tapak warisan KTM Persembahan cintai alam semulajadi Memanah warisan Program motivasi Saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas komitmen semua pihak yang menjayakan perkhemahan ini yang berjalan dengan lancar.Perkhabaran positif dari guru dan pelajar yang semuanya amat berpuas hati dengan aktiviti dan jadual program yang di atur olah kami Kuala Sepetang Eco Track.Cikgu Kumar terus menempah untuk satu lagi trip untuk kelas pendidikan khas pada Oktober nanti. Jika berkesempatan kita berjumpa lagi.                                               Bergambar hari pendaftaran                                 ...

JAGUH JORAN RTM TVi SEPARUH AKHIR KE-3 KUALA SEPETANG

Imej
         Trip Jaguh Joran ini menempuh badai menjejaki mencari monster fish Laut Selat Melaka selama 2 hari 1 malam untuk memilih seorang peserta ke peringkat akhir.Kepercayaan yang di beri digunakan sepenuhnya agar memenuhi sasaran yang dicari. 4 peserta yang terpilih dari saringan sebelumnya terpaksa bertarung untuk muncul juara bagi melangkah ke peringkat akhir.Nizam Sabun,Yus Rimba,Jannatun dan Alif sama-sama handal dan berpengalaman dalam arena memancing berentap sesama sendiri untuk menentukan juara. Danny sebagai pengacara kadang-kadang kelakar apabila melatah ketika ikan yang di pegang masih hidup semasa pengambaran sedang berlansung. Pengambaran bermula di jeti yang agak usang dengan peserta perlu menyiapkan tugasan ikatan appolo yang mana pemenang mendapat imuniti untuk memilih tempat kedudukan di dalam bot Kakap Tua.Saya agak terperanjat dipilih secara spontan sebagai Mashall dan hakim sepanjang trip berlansung. Apabila semua selesai bot mula ber...

HOMESTAY KUALA SEPETANG-012 6316132

Imej
Hasrah homestay terletak di Kampung Menteri Kuala Sepetang yang semakin meningkat naik dari sektor pelancongan selain makanan popular me udang banjir.Kehadiran pelancong akan bertambah pada hujung minggu dan musim cuti sekolah. Ramai pengunjung yang bertanyakan tempat penginapan di sini, memandangkan jarak Kuala Sepetang dengan hotel berdekatan di Simpang lebih kurang 10km.Homestay ini yang ke tiga selepas Pak Yusop dan Fatin Homestay. Homestay ini mempunyai -3 bilik beserta katil doble -1 bilik berhawa dingin -2 bilik air -Dapur -Ruang tamu yang luas dan selesa Untuk tempahan boleh hubungi saya 012-631 6132 -1 Malam rm250 cuti   -Check in pada jam 12.00 tengahari -Check out 1.00 ptg

PERKHEMAHAN SMK PENGKALAN AUR 2014

Imej
JADUAL AKTIVITI PERKHEMAHAN Hari Pertama. Membina menara dari kayu bakau. Panjang 15 kaki. Sila bawa gergaji dan tali sendiri. Memasak lauk makan malam sendiri. (Nasi, Peralatan dan bahan disediakan) Hari Kedua Sarapan buat sendiri (Air panas & Bahan untuk buat sandwich disediakan) Aktiviti 1. Lawatan ke Hutan Pendidikan dengan renjer Aktiviti 2. Lawatan ke Pusat Interpretasi dengan renjer Aktiviti 3. Menyemai benih pokok bakau di tapak semaian Aktiviti 4. Mencari lokan dan kerang untuk buat lauk. Aktiviti 5. Lawatan ke Kilang arang kayu dengan renjer. Aktiviti 6. Memasak lauk makan tengah hari. Aktiviti 7. Memasak minum petang sendiri Aktiviti 8. Persembahan budaya. Aktiviti 9. Pemeriksaan khemah dan chalet Aktiviti 10. Penilaian kumpulan terbaik. Hari Ketiga Buat sarapan sendiri. Pemeriksaan khemah Perhimpunan Lawatan ke Pekan Kuala Sepetang dan perkampungan

tonton-home-channels-tv3-sarapan 2014-episode 10 - Sarapan 2014 - Episode 10

tonton-home-channels-tv3-sarapan 2014-episode 10 - Sarapan 2014 - Episode 10