GAMBAR DAN PERCUTIAN MENARIK DI KUALA SEPETANG
Saya bersedia mengendalikan pencutian anda di sini dengan menyediakan penginapan dan tour bot serta makan(jika ramai) hujung tahun 2017 ramai mula buat tempahan tour serta penginapan memandangkan ramai pelancong membanjiran Kuala Sepetang.
Dalam ramai pelancong yang datang saya dikunjungi sahabat baik masa bertugas di Kem Terendak satu masa dulu.Shamsuri atau saya panggil Sem bersama keluarga beliau ke Lumut dan terus ke sini untuk bercuti.
Bila keluarga bercuti kebiasaanya saya sediakan pakej penginapan dan tour bot sahaja,untuk makan saya cadangkan mereka memilih warung atau kedai makan sekitar pekan atau di tepi jalan.Untuk Sem saya sediakan bilik homestay tepi Sungai Reba di perkampungan nelayan.,homestay ini bayaaran murah sekitar rm150 sahaja untuk satu malam.
Pemandangan dari homestay amatlah cantik,boleh nampak perkampungan nelayan dan muara Sg Sepetang.Saya kongsikan gambar yang di ambil oleh Sem ketika menginap di sini,kebetulan pula bot yang saya bawa lalu melintasi tempat penginapan beliau
Sem juga mengambil tour melihat kelip-kelip waktu malam sekitar pukul 8.30 malam.Sebelum ke kelip-kelip kami sempat naik bot untuk tour sunset.Kebetulan hari itu cuaca cerah dan sunset pun nampak cantik.
Hari cuti panjang Krismas adalah hari yang sibuk di sini.Saya banyak dapat tempahan untuk tour river cruise dan kelip-kelip.Ramai juga yang datang secara walk in yang mana saya tetap layan mereka mengikut giliran tempahan.
Sedikit tips saya kongsikan untuk perancangan sebelum bercuti.
-Pemilihan tarikh sesuai dan buat tempahan awal antara satu destinasi ke destinasi yang lain.
-Pilih lokasi sesuai yang menarik
-Rujuk pada kawan boleh yang dipercayai untuk elak dari di tipu.
-Boleh juga rujuk pada internet
-Buat tempahan awal untuk elakan tempahan penginapaan penuh
-Bajet yang sesuai dengan kemampuan kita
-Tak perlu bawa banyak pakaian,hanya yang penting sahaja
-Kenderaan dalam keaadaan baik jika perjalanan melebihi 150km berserta tool
-Bawa juga kit ubat kecemasan
-Memaklumkan pada tempat yang kita tempah,bila kita bergerak dan bila kita dijangka sampai.
SELAMT BERCUTI..JOM BERCUTI DALAM NEGARA DAHULU...SEBELUM KE LUAR NEGARA..
JIKA KE LUAR NEGARA..UTAMAKAN TANAH SUCI UNTUK UMRAH DAHULU.
Selasa, 26 Disember 2017
Rabu, 22 November 2017
PROGRAM ANAK ANGKAT PELAJAR IPTA
PROGRAM ANAK ANAGKAT
Kuala Sepetang Eco Tourism mengendalikan pelbagai program untuk pelajar sekolah dan pelajar IPTA.Tahun 2015 adalah merupakan program lawatan pelajar paling banyak yang kami kendalikan iaitu 135 rombongan sekolah dan IPTA.
Untuk program anak anagkat kami sudah biasa membawa pelajar untuk buat aktiviti dengan Kg Selinsing Bagan Serai Perak.Komuniti di sini amatlah mudah berkomunukasi dan mudah bekerjasama.Dari Ketua Kampung AJK serta semua penduduk sentiasa memberi komitmen dalam menjayakan program yang dirancang.
Antara program dan aktiviti yang dijalankan di sini adalah:
-Memancing ikan
-Membuat kuih tradisional
-Bergotong -royong
-Sukaneka
-Majlis kenduri ala kampung
-Menggoreng kerepek/maruku
-Menagkap ikan dalm sawah
-Persembahan kebudayaan
Terkini kami kendalikan pelajar dari KUSZA Terengganu yang datang menjalani program disini.
JADUAL LAWATAN DAN PROGRAM
HARI PERTAMA
8.00 -SARAPAN
9.00-SUKANEKA KAMPUNG
11.30-PERASMIAN DAN PENUTUP
12.30-MAKAN TENGAHARI ALA KAMPUNG
1.30 -SOLAT
2.30 -MEMBUAT KUIH WADAI KIPENG(MASYARAKAT BANJAR
4.30 -SOLAT
5.00 -MEMANCING IKAN SAWAH
6.00 -SERAH ANAK ANGKAT
6.30 -BALIK RUMAH KELUARGA ANGKAT
HARI KE 2
6.00-SOLAT SUBUH
7.30-SARAPAN
8.30-MAJLIS PENUTUP-PENYAMPAIAN HADIAH
9.30-SELESAI DAN BERSURAI
Kami juga menerima bayaran yang amat berpatutan,sebab tidak menggunakan perbelanjaan yang tinggi.Malahan pulak semua peralatan disediakan oleh kami dan penduduk kampung.Sila hubungi no hp 012-6316132 untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Rabu, 8 November 2017
CHALET TAIPING DAN PAKEJ KUALA SEPETANG
PAKEJ
PELANCONGAN BUDGET KUALA SEPETANG PERAK
-Pakej
Keluarga atau rombongan
Kami
Kuala Sepetang Eco Tourism Menyediakan pakej yang sesuai untuk PELAJAR dan
DEWASA
HANYA
SERENDAH RM 75(1hari) seorang
TERMASUK
:-
a)
HOTEL/HOMESTAY
~ 1 HARI 3 KALI MAKAN TERMASUK ME UDANG BANJIR
~ 1 HARI 3 KALI MAKAN TERMASUK ME UDANG BANJIR
b)
AKTIVITI-AKTIVITI YNAG DISEDIAKAN:
~ Melawat Kuala Sepetang menaiki Bot River Cruise
~ Lawatan Ke Hutan Bakau
~ CSR
~ Melawat Kuala Sepetang menaiki Bot River Cruise
~ Lawatan Ke Hutan Bakau
~ CSR
~
Program Lawatan Sambil Belajar
~ Haritage Trail dan Kilang Arang
~ Mencari Harta Karun
~ Haritage Trail dan Kilang Arang
~ Mencari Harta Karun
~
Teambuilding
~
Hari keluarga
~Motivasi
~Perkhemahan
PERALATAN
SEMUA DISEDIAKAN
**Kita akan buat jadual perjalanan mengikut kesesuaian masa & waktu
**Segala bayaran masuk tempat perlancongan termasuk dalam pakej
**Kita akan buat jadual perjalanan mengikut kesesuaian masa & waktu
**Segala bayaran masuk tempat perlancongan termasuk dalam pakej
~
Kami sediakan makanan yang halal & murah untuk
makan tengah hari & malam
KESIMPULANNYA
INI ADALAH PERCUTIAN DAN AKTIVITI YANG KAMI BOLEH BANTU UNTUK ANDA
DENGAN BAJET MAMPU MILIK!!!JIKA ADA REZEKI TN/PN AKAN BERTEMU LUMBA-LUMBA KAMI
SEDIAKAN PERKHIDMATAN UNTUK ANDA A KE Z
ADALAH MEMORI YANG ANDA PERLU BAWA PULANG KE NANTI
UNTUK
TEMPAHAN ATAU SEBARANG PERANYAAN BOLEH WHATAPPS KAMI :
https://www.facebook.com/mohdjusri
Khamis, 12 Oktober 2017
PEMANDU PELANCONG KUALA SEPETANG
RINGKASAN
SINOPSIS PERJALANAN KARIER
SEBAGAI
PEMANDU PELANCONG
TAHUN 2012
Pada tahun ini saya memulakan tugas pemanduan secara
sambilan dan baru belajar cara-cara untuk menguruskan pelancong ketika hujung
minggu sahaja.Walaupun tugasan ini masih baru,tapi saya amat berminat dengan
tugasan outdoor ini.Pengalaman dalam ATM sekuarang-kurang dapat dipraktik dan
dikongsikan bersama mereka yang memerlukan.
TAHUN 2013
Memulakan kerjaya sepenuh masa sebagai pemandu pelancong
alam semulajadi setelah,berjaya memiliki lesen Pemandu Pelancong Alam
Semulajadi pada penghujung tahun 2013. Di daerah ini Larut Matang ini hanya 2-3
orang saja yang memiliki lesen pemandu pelancong alam semulajadi termasuk saya.Banyak
yang perlu saya belajar tentang hutan paya laut dari Jabatan Hutan Kuala
Sepetang,yang mana ilmu tersebut perlu didalami bagi memudahkan penerangan pada
pelancong dan pelajar yang datang menggunakan perkhidmatan saya.
TAHUN 2014
Oleh kerana ada permintaan untuk program outdoor dan
teambulding,saya memerlukan tambah nilai dalam kerjaya, dengan menghadiri
kursus Asas Reakrasi di Kedah.Dengan lulusnya kursus ini saya dapat pentaulihan
sebahagi jurulatih reakrasi untuk mengendalian tugasan baru yang selari dengan
tugasan pemandu pelancong. Tambahan pulak pihak guru dan ketua rombongan lebih
berkeyakinan untuk mengambil saya bagi mengendalikan program outdoor apabila
memiliki Sijil Jurulatih Reakrasi.
JUL 2015
Menerima pencalonan dari Majlis Perbandaran Taiping yang
memilih saya untuk Anugerah Pemandu Pelancong
Negeri Perak pada bulan November.Walaupun sekadar calon saya berasa amat teruja
dan tak mengharapkan untuk menang, sebab saya masih baru dalam bidang eko pelancongan
ini.Terima kasih pada pihak MPT yang memilih saya untuk percalonan itu dan saya
terpilih untuk memenangi anugerah tersebut yang disampaikan oleh Menteri Besar
Perak.Penutup tahun 2015 pula, saya mendapat pengiftirafan dari
PERHEBAT(Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera)Kem Sg Buluh dimana saya
di panggil untuk menerima Anugerah Mentor Usahawan Eko Pelancongan PERHEBAT
2015 oleh Menteri Pertahanan Dato Seri Hishamudin bin Tun Hussain.Bagi saya
anugerah dari Tourism Perak yang membolehkan saya mendapat kepercayaan dari
pihak PERHEBAT untuk anugerah ini.Saya amat bersyukur dan berterima kasih pada
yang meyokong karea saya ini.2015 sukar dilupakan banyak kenangan pahit dan
manis dalam menempuhi bidang yang agak mencabar
ini.Tahun ini juga merupakan tugasan terbanyak saya sepanjang bertugas
sebagai pemandu pelancong alam semulajadi
TAHUN 2016
Tahun 2016 Kementerian Pelancongan memilih Kuala Sepetang
sebagai salah satu kluster pembangunan Eko Pelancongan Kebangsaan.Persatuan Eko
Pelancongan terlibat sebagai ahli mensyuarat pada kluster tersebut.Sebagai
pengerusi persatuan saya berusaha juga untuk luangkan masa bagi menghadiri
mensyuarat tersebut yang diadakan di beberapa kali di Ipoh dan juga Putrajaya.
Pada penghujung tahun 2016 saya menerima surat panggilan
untuk berkursus di bawah INSKEN(Institut Keusahawanan Negara) untuk menjadi seorang
biskaunselor INSKEN.Antara ramai biskaunselor INSKEN saya seorang sahaja dalam
bidang pelancongan.
Sepanjang bertugas sebagai biskaunselor,pihak INSKEN
beberpa kali membawa saya program outreach membantu usahawan termasuk di
Tawau,Kuala Terengganu dan terbaru di Ipoh Perak.
TAHUN 2017
Pada 2017 saya diberi kepercayaan oleh INSKEN untuk
membantu usahawan eko pelancongan dalam membangunkan projek pembangunan MODAL
INSAN, membimbingan bagi memajukan kem untuk pendaki Gunung Trusmadi di Sinua
Keningau Sabah.Saya dan pegawai INSKEN akan ke Keningau, sebulan sekali bagi memberi
tunjuk ajar serta menaikan industri eko pelancongan disana
Pada tahun NCIA(Koridor Utara) memilih saya diantara
usahawan dibawah bimbingannya untuk bertemu Perdana Menteri di Putrajaya.Amat
teruja atas pilihan tersebut yang mana saya seorang sahaja dalam bidang eko
pelancongan berbanding dengan 20 orang dari pelbagai bidang keusahawanan.Saya
melihat bidang pelancongan merupakan salah satu industri penjana ekonomi Negara
yang mendapat perhatian dari Perdana Menteri.
Kenangan manis,.2017 kami menerima tempahan lawatan dari
Deligasi Kementerian Perhutanan dan Perikanan Myanmar.Mereka seramai 18 orang
yang diketuai Ketua Pengarah Perhutanan sebab menteri mereka yang mana tidak
dapat hadir.Mereka menggunakan perkhidmatan kami untuk lawatan tersebut serta mempelajari
selok-belok pengurusan hutan bakau,kerana di Kuala Sepetang pernah memenangi
pengurusan hutan bakau terbaik dunia.Apabila saya bertugas mengendalikan
lawatan dari luar Negara,perkara utama adalah imej Negara Malaysia perlu
dijaga.Mereka amat berpuashati dengan perkhidmatan kami selama 4 hari 3 malam
di sini.
Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan..dengan tidak
menharap apa-apa balasan dan penganugerahan.Terus buat yang terbaik demi
Negaraku Malaysia.
.
Ahad, 6 Ogos 2017
CHALET KUALA SEPETANG
Pusat Eco Pelajaran Kuala Sepetang
Di pusat ini pelbagai kemudahan tersedia untuk keselesaan pengunjung termasuk pelajar yang ramai atau pelancong.Ianya dibawah kendalian Jabatan Hutan yang mana untuk masuk dikenakan bayaran termasuk juga semua hutam lipur Negeri Perak dibawah seliaan pihak Jabatan Hutan.
Untuk maklumat pengunjung fasilitis di sini termasuklah:
a-8 buah chalet
b-1 dometory
c-1 surau
d-4 buah tandas awam
e-2 dewan tertutup
f-1 dewan terbuka
g-1 buah cafeteria

Jumaat, 21 Julai 2017
PULAU PERHENTIAN
Saya ke Terengganu apabila diberi tugasan sebagai Biskaunselor Insken dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.Kami semua 20 orang termasuk staf Insken yang menyertai program selama 2 hari di Taman Tamandun Islam Kuala Terengganu.
amat tidak mengyangka kehadiran usahawan amat membanggakan apabila anggaran seribu yang hadir hampir 1500 orang peserta.Team kami menginap di TTI dan pegawai Insken Menginap di Hotel Putri Kuala Terengganu.
Apabila selesai program tersebut dengan berjaya sebab kehadiran Dato Fdhilah Kamsah,Dato Alif Shukri serta Hairudin Omar turut memeriahkan program tersebut.
Saya bersama kawan saya Suhandi bertolak ke Kuala Besut untuk ke Pulau perhentian.Dia hanya menghantar saya ke jeti sahaja sebab saya berseorangan untuk ke pulau serta sempat juga berjumpa dengan Jasmadi kawan saya masa dalam tentera dulu.
Setelah tiba di jeti saya telah pon disambut oleh Noor staf chalet yang saya tempah sebelum chek in ke pulau lagi.Kita memiliki selera masing-masing yang mana saya memilih Pulau Perhentian Kecil untuk melancong.
Setiba di Pulau Pehentian kecil saya berjumpa dengan Ezer yang menunjukan bilik saya.Setelah masuk ke chalet saya turun mencari pakej yang sesuai untuk trip petang tu.Ezer mengajak saya ke kincir angin untuk melihat pantai dan air laut yang jernih dari atas bukit.
Petang tu saya bersama satu lagi group dari Selangor untuk join terip ke kincir angin.Pakej tu ja yang saya sempat join memandangkan masa tu ja yang saya ada.Saya mencari pakej snorkling sebab esok saya dah nak bertolak balik ke Besut.Ezer ,guide disitu dah jadi kawan baik sebab saya pon guide jugak di Perak.
Kami plan short snorkling untuk esok sebab masa tak mengizinkan.Petang tu perut dah lapar sebab tengahari tak sempat makan. Saya makan me goreng di kedai makan sebelah saya menginap,walaupun agak mahal tapi mee goreng tu memang sedap.
Esok pagi,trip snorkling bermula jam 10 pagi.Masih lagi bersama Ezer.Saya memang excited sebab air yang cantik serta lama dah tak berenang dan menyelam.Kami 15 orang kongsi 1 bot.Hanya sempat menghabiskan 3 spot snorkling saja sebab ada dikalangan kami yang mabuk laut,sebab mungkin tak pernah naik bot rasanaya.
Saya tertinggal menceritakan aktiviti malam di situ sebab malam tu saya ke Long beach tengok fire show.Tambang rm25 ke sana mula 9mlm hingga 12mlm.Ramai juga orang tengok show tu walaupun hanya duduk di atas pasir pantai sahaja.
Sebagai kesimpulan ..bagi saya pelancong perlu buat servey dahulu supaya tidak tertipu.Maksud saya harga yang mahal..sebab ada harga yang murah mengikut bilangan group pelancong yang datang.Mungking selepas ini saya bawa famili saya pulak sebab selok belok trip ke sana saya dah tahu.
Pemilihan Pulau pulak terpulang nak ke Perhentian Kecil Atau besar.Tapi pulau ini dibuka wakty cuaca baik sahaja.Hujung tahun biasanya ditutup sebab cuaca musim tengkujuh.
Sekian ..untuk info..sebarang pertanyaan sila hubungi no diatas.

Jumaat, 30 Jun 2017
PAKEJ KE PULAU MABUL SEMPORNA
CORETAN TRAVELOG KE SABAH
Saya ke Sabah meliputi tugasan
membantu usahawan di Negeri Sabah.Coretan ini merangkumi kesimpulan sepanjang
berada di sana.Terima kasih pada pihak Insken dan Jabatan Perdana Menteri yang
sudi menjemput saya dari Negeri Perak ini agar berkongsi ilmu dan pengalaman
untuk pembangunan dan penambahbaikan industri pelancongan di sana.
Saat ini syukur Alhamdulillah
saya telah pun selamat sampai di rumah saya di Taiping.
Hari pertama team saya bersama Dr
Izham (Insken)dan En Fadil dari JPM sampai di Keningau dan menginap di Hotel
Juta.Pada keesokan harinya kami bertolak ke Trusmadi,Sook dan Bt Punggul.
Perjalanan ke Trusmadi lebih
kurang 1 jam setengah untuk bertemu dengan Mr Dennis owner yang menguruskan
camp site untuk para pendaki yang ingin tawan puncak Trusmadi.
Selesai disini kami ke Bt Punggul
untuk bertemu dengan kominiti disini yang mengusahakan homestay dan bawa
pelancong melawat Trusmadi.Berlaku sedikit konflik berkaitan pemiliki tanah di
Bt Punggul menyebabkan kesukaran dalam menyalurkan bantuan di sini.
Selesai di sini kami berpatah
balik ke Keningau untuk singgah di Sook bagi penganjuran program usahawan pulak
selepas raya nanti.Bila bergerak dan sampai ke Keningau terus kami berbuka di
kedai makan berhampiran hotel penginapan.
Chalet Pulau Mabul
Hari ke tiga selesai tugasan
mereka berdua balik ke Kota Kinabalu untuk flight ke KLIA dan saya ada tugasan
di Tawau.Dengan menaiki bas express dari Keningau menuju ke Tawau memakan masa
hampir 6 jam.Dari jam 8.30 sampai lebih kurang 2,30 ptg.
PAKEJ INDERASABAH KE PULAU MABUL
Perkampungan masyarakat Tidung
dan Warisan Taka yang berugama Islam yang mana penempatan tidak jauh dari
Lapangan Terbang Tawau.Saya menetap 3hari disini bagi memberi tunjuk ajar
bagaimana memulakan bisnes dalam pelancongan.Kampung ini memang ada potensi
untuk pelancongan yang mana kedudukannya yang stategik ditengah-tengah antara
lapangan terbang dan Semporna untuk ke pulau pelancongan berdekatan Mabul,Bum
Bum dan lain-lain.
Pakej ke Pulau Mabul dan pulau-pulau sekitarnya yang cantik dan airnya yang jernih disediakan oleh Koperasi Pelancongan Inderasabah.Dari sini ke Semporna iaitu jeti ke Mabul memakan masa lebih kurang 1 jam lebih.Jika tiba lewat di Lapangan terbang anda boleh menginap di homestay Inderasabah sebagai transit ke Pulau Mabul.
Anda boleh memilih untuk menginap 1 atau 2 malam disini,cuma saya cadangkan mengambil homestay di Inderasabah sebagai transit memudahkan urusan ke Lapangan Terbang Tawau.
Saya juga menyediakan pakej mengikut kehendak dan bajet anda bagi memudahkan anda untuk melancong ke sini.Saya beri pakej berikut untuk anda:
Hari Pertama
-Dijangka sampai di Lapangan Terbang Tawau
-Menginap di Homestay Inderasabah-pakej termasuk transport,menginap dan makan malam dan sarapan
Hari ke 2
-Bertolak ke jeti Semporna dan naik bot ke Chalet Mabul(Guide En Ismadi)
-Rehat dan Makan tengahari
-Ronda 4 buah Pulau(Sibuan,Mega,Bum Bum dan Bohey Dulang)
-Makan malam
Hari ke 3
-Sarapan
-Keluar chalet
-Bertolak ke Jeti Semporna
-Balik ke Homestay atau terus ke lapangan terbang
-Trip dijangka selesai
Jika pelancong melebihi dari 10 orang saya bersedia untuk turut serta sebagai guide.Cadangan saya juga..jika nakan tambang flight lebih murah boleh buat tempahan Airasia 2-3 bulan lebih awal dari tarikh nak melancong.
Harga pakej ini anggaran lebih kurang rm 450 ke rm600 seorang bergantung pada menu makanan,homestay dan chalet yang anda pilih.Harga tidak termasuk tiket flight.Jika tempahan awal tiket flight anda boleh dapat harga rm300 lebih kurang kos pergi dan balik.Anda juga boleh wharssaps saya 012-6316132 Yusri.
Terima kasih..
Sabtu, 10 Jun 2017
TIPS MOTIVASI USAHAWAN-Rezeki Yang Barokah
Berdasarkan pengalaman dalam peniagaan Eko Pelancongan ini,saya kongsikan bersama ilmu keusahawanan untuk yang meminati bidang ini.Saya mula menulis dan kongsikan bidang keusahawanan ini sejak perlantikan saya sebagai BisKaunselor baru-baru ini.
Sebelum ini saya sudah biasa memberi motivasi pada yang minta pendapat saya dalam bidang ini.Apa yang saya nak cerita di sini lebih kepada motivasi modal insan dalam usahawan.Mencari keberkatan dan keredhoaan dariNya dalam mencari rezeki agar rezeki kita lebih barokah dan juga menjadikan hasil titik peluh kita ini berkekalan di dunia dan akhirat.
Banyak juga ilmu saya dapat dari kawan-kawan saya yang jadi Biskainselor dan sahabat usahawan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
Ada beberapa tip yang ingin saya kongsikan bersama:
Sebagai kesimpulanya berbuat baiklah dengan orang sekeliling kita,mereka juga akan doa yang baik-baik untuk kita.Sentiasa berpandangan yang positif pada persekitaran kita semua kan jadi positif.
Perlu ingat..apa yang kita niat,apa yang kita sebut,,apa yang kita lakukan semua adalah doa..so sentiaslah beringat.
Apa nabi sebut..
Bersedekahlah dengan apa yang kita mampu..walaupun dengan sebiji kurma dan orang yang berilmu tak perlu kedekut dengan ilmu yang kita ada,sebab apa yang kita ada ini semuanya milik DIA.Menyampaikan ilmu yang baik dari hati yang ikhlas pada mereka yang memerlukan juga merupakan berinfaq ke jalan kebaikan.
WALLAHUALAM..SEKIAN TERIMA KASIH.
Yang ingin share dan komen silakan

1-Niat Berbuat Kebaikan.
|
Ketika keluar mencari rezeki doakan semogaa Dia permudahkan
urusan kita dalam mencari
rezeki.Juga memperbaiki diri sendiri agar dapat buat yang terbaik pada pelanggan
dan orang persekitaran kita.
|
2-Waktu Dhuha
|
Amalkan berhenti seketika ketika waktu Dhuha untuk solat 2
rakaat solat Dhuha ditempat kita mencari rezeki.Jika tak
berkesempatan,memadai dengan baca surah
Dhuha.(antara jam 8.30pg-Zohor)
|
3-Bersedekah
|
Niat dihati kita akan bersedekah dengan sedikit atau
banyak sekiranya di beri rezeki yang lebih.Orang tidak akan jatuh miskin jika
banyakan denagn bersedekah
|
4-Doa Yang Baik-Baik
|
Ketika kita memberi duit atau nafkah pada anak isteri/suami,ibubapa
atau sesiapa pun,niat di hati..atau ketika kita menunaikan sedekah..'Ya
Allah aku bersyukur dengan rezeki ini,kau tambahkan lagi untukku..,inshallah
akan ku berinfaq lagi selepas ini.
|
5-Setiasa Berdoa Ketika Waktu Mustajab
|
kita tak sedar doa adalah senjata kita orang islam.Selalu kita
berdoa ketika dalam kesempitan, kesusahan ketika senang kita lupa untuk
berdoa.pilihlah waktu-waktu mustajap untuk berdoa contohnya pada tiap hari
jumaat.
|
6-Banyakan Bersyukur
|
Buangkan sikap ego walaupun ekonomi kita dah stabil ..banyakan
bersyukur dengan nikmat yang Dia beri.Kata ulama..manusia ni, walaupun dia
mati tapi hidup semula.masih tidak mahu bersyukur.Jika Allah tambahkan kita,sebaliknya
kita guna rezeki pada jalan yang melalaikan kita seolah-olah kufur nikmat
dengan rezeki yang kita dapat
|
7-Berzakat
|
Duit yang banyak,,kekayaan yang melimpah itu tak penting
untuk dibanggakan Pengisian dan keberkatan pada rezeki itu lebih
penting- banyakan
bersedekah, berzakat lebih barokah.Jika tidak tunaikan zakat, kita
seolah-olah memakan duit berlebihan kita sendiri sedangkan duit
itu hak anak yatim
|
|
8-Melihat Kesusahan Dari Kekayaan
|
Kita teringin nak jadi seperti orang yang kaya dan hidunya
mewah..,tiada gunanya jika kekayaan itu menyusahkan.Kehidupan yang tidak
tenteram.Kita tak dapat selami orang kaya sedangkan kehidupannya kita sekadar
melihat luaran sahaja.Pandanglah
kesusahan dulu sebelum kesenangann mungkin orang kaya tu
dulunya susah yang kita tidak tahu.
|
9-Tunaikan Rukun Islam ke 5
|
Walaupun kita tak berkemampuan,sekurang-kurangnya daftar dulu
dan niat serta doa akau akan ke Tanah Suci juga satu hari nanti.Semoga
dipilih menjadi
tetamuNya.Sekurang-kurangnya
Doa dan usaha untuk tunaikan umrah dulu sebelum haji.
|
10-Infaq Ketika Durian Runtuh
|
Jika dapat job yang besar ..niatlah akau akan infaq 2 hingga 5 %
untuk anak yatim atau masjid, pada mereka yang memerlukan Inshallah.Keberkatan
rezeki kita akan terserlah dan bertambah lagi tanpa kita duga.
Jika kita terlepas atau gagal dapatkan job, sale
berkurangan..ingatkan Allah..mudah- mudahan Dia menggantikan rezeki yang
lebih baik nanti.Kita hanya merancang..sebaik- baik perancang adalah dariNYA
jua
Kekadangan ,bila berlaku durian runtuh kebanyakan dari kita dah
merancang untuk enjoy atau melancong.
|
11.Jangan Lupa Pada Ibubapa
|
Kongsikan sedikit rezeki kita dengan mereka Inshallah rezeki
bertambah dan lebih barokah.Jika mereka dah tiada,niatlah pahala sedekah ini
dihadiahkan untuk mereka.Kebiasaanya mencari mereka ketika susah ,lupa mereka
ketika kita senang.
|
12.Bersabar Dengan Dugaan
|
Untuk menjadi usahawan yang berjaya perlu banyak bersabar dengan
cabaran dan dugaan yang bakal mendatang.Sebenarnya rezeki bukan pada tangan
seseorang.Persoalan yang berlaku pada kita..Kenapa orang lain dapat rezeki
lebih tetapi tidak berlaku pada kita.Sebenarjnya
semua ketentuan dari Dia kita hanya merancang.Tanpa kita sedar Allah SWT menghantar beribu malaikat pada orang banyak bersabar.maksudnya
tiada istilah orang lain mencuri pelanggan kita.Tak perlu salahkan orang, cari kesalahan kita sendiri.
|
Sebagai kesimpulanya berbuat baiklah dengan orang sekeliling kita,mereka juga akan doa yang baik-baik untuk kita.Sentiasa berpandangan yang positif pada persekitaran kita semua kan jadi positif.
Perlu ingat..apa yang kita niat,apa yang kita sebut,,apa yang kita lakukan semua adalah doa..so sentiaslah beringat.
Apa nabi sebut..
Bersedekahlah dengan apa yang kita mampu..walaupun dengan sebiji kurma dan orang yang berilmu tak perlu kedekut dengan ilmu yang kita ada,sebab apa yang kita ada ini semuanya milik DIA.Menyampaikan ilmu yang baik dari hati yang ikhlas pada mereka yang memerlukan juga merupakan berinfaq ke jalan kebaikan.
WALLAHUALAM..SEKIAN TERIMA KASIH.
Yang ingin share dan komen silakan
Selasa, 30 Mei 2017
PAKEJ KUALA SEPETANG
Masa
|
HARI
PERTAMA
|
1.30ptg
|
Bertolak dari sekolah
|
5.30
|
Dijangka sampai-Lawatan Kilang Arang
|
6.00
|
Masuk Homestay
|
7.00
|
Berkumpul di Jeti-Taklimat keselamatan dan
penerangan kelip-kelip
|
7.15
|
Solat magrib-Surau Jabatan Hutan
|
7.30
|
Makan malam
|
8.30
|
Night Walk
|
10.00
|
Rehat dan tidur
|
|
HARI KE 2
|
7.30pg
|
Sarapan
|
8.30
|
Tiket Masuk Pusat eko pelajaran
|
9.00
|
Pusat Interpitasi bakau-Penerangan Geografi Hutan Paya Laut
|
9.30
|
Treking laluan pelantar bersama renjer-Penerangan
Eco system dan biologi flora dan fauna
|
10.00
|
Bot river cruise-Melihat aktiviti nelayan,flora,
fauna, warisan sejarah KTM 1885 dan lain-lain
|
11.00
|
Aktiviti alam sekitar-menyemai benih bakau-
(pelajar layak menerima sijil alam sekitar)
|
11.30
|
Kuala Sepetang heritage trail-Warisan sejarah Port
Weld
|
12.00
|
Melawat produk hasil laut
|
12.30
|
Makan tenghari-me udang banjir
|
1.30
|
Solat Zohur
|
2.00
|
Lawatan ke Muzium Sejarah Ngah Ibrahim
|
3.00
|
Bertolak ke Taiping-kilang Kopi Antong
|
4.00
|
Taiping Haritage trail-Muzium Perak
|
5.00
|
Taman Tasek-Singgah makan cendol
|
6.30
|
Bertolak Balik ke Homestay
|
7.30
|
Solat Maghrib
|
8.00
|
Makan Malam-Pebentangan tugasan
|
10.30
|
Rehat –tidur
|
|
HARI KE 3
|
7.30
|
Sarapan
|
8.30
|
Kemas Barang dan gotong-royong
|
9.00
|
Bertolak ke Taiping
|
10.00
|
Kilang Kopi Antong
|
11.00
|
Taman Tasek Taiping-cendol Famous Taiping
|
12.00
|
Taiping Haritage trail-Jejak Warisan
|
12.30
|
Makan Tengahari
|
1.30
|
Bertolak balik
|
|
RM165 - RM215.00
|
Harga bergantung pada menu dan pertukaran aktiviti yang berubah mengikut keadaan cuaca.
Huga mengikut ketegori berikut:
1-Harga Pelajar Sekolah Rendah
2-Sekolah Menengah dan IPTA
3-Rombongan Dewasa atau family day
GAMBAR TERKINI LAWATAN DARI INTERNATIONAL SCHOOL PENANG
Langgan:
Catatan (Atom)
PAKEJ LAWATAN KE SELANGOR
Selain dari lawatan ke Perak kami juga , menyediakan pakej lawatan ke Negeri Selangor meliputi : -Pakej untuk program CSR (Syarikat atau N...
-
Kami menawarkan pakej lawatan sambal belajar ke Kuala Kangsar,Taiping,Kuala Sepetang,dan Lumut Perak. Terbuka kepada guru-guru , pelajar d...
-
Kami Kuala Sepetang Eco Tourism yang beroperasi di Kuala Sepetang yang mana menyediakan beberapa jenis anak benih pokok bakau unt...
-
Anak bakau untuk dijual di Kuala Sepetang, Perak JENIS BAKAU MINYAK DAN BAKAU KURAP Kuala Sepetang merupakan kawasan hutan paya laut yang ...