Catatan

PERAK TRAVEL FAIR 2022

Imej
  PROMOSI KUALA SEPETANG ECO TRACK  Sempena PERAK TRAVEL FAIR pada 11 hingga 13 Mac 2022 di Setia City Mall Shah Alam. PAKEJ BOT RIVER CRUISE KUALA SEPETANG PAKEJ DOLPHIN TOUR PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR  Sehari RM75 2H1M - RM135   3H2M - RM195 Termasuk dalam pakej adalah: Penginapan asrama/homestay Makan/minum Tour Guide Aktiviti semasa lawatan Tiket masuk Pusat Eko Pelajaran dan tiket bot cruise Pertanyaan  012-6316132 Kami memiliki lesen Pemandu Pelancong,Lesen Jurumudi Bot dan lesen Jurulatih  Reakrasi KOLEKSI GAMBAR

PEMBEKAL ANAK POKOK BAKAU

Imej
Anak bakau untuk dijual di Kuala Sepetang, Perak JENIS BAKAU MINYAK DAN BAKAU KURAP   Kuala Sepetang merupakan kawasan hutan paya laut yang memiliki persekitaran hutan bakau yang luas. Hutan paya laut di Kuala Sepetang merangkumi lebih kurang 40 ribu hektar berkeluasan jajaran 55 km dari utara Kuala Gula hingga selatan Pantai Remis.Kelebaran keluasan 13km lebar.  Di sini memiliki lebih kurang 30 pelbagai spesis bakau yang mana bakau yang banyak di sini adalah bakau minyak ( Rhizophora apiculata ) dan bakau kurap ( Rhizophora mucronata ). Team kami di Kuala Sepetang, terdiri daripada penduduk kampung yang membuat semaian anak pokok bakau jenis bakau minyak dan bakau kurap untuk ditanam semula selepas hutan bakau ditebang di  mana kayu bakau tersebut dijadikan kayu arang.  Kebiasaannya pokok bakau minyak berketinggian satu ke satu setengah kaki manakala bakau kurap berketinggan dua kaki ke dua kaki setengah. Kawasan tapak semaian memiliki 10 000 - 30 000 anak pokok....

PROGRAM INSKEN BUSINESS COACHING ECO TOURISM

Imej
 PROGRAM MEMBANTU USAHAWAN EKO PELANCONGAN Syarikat Kuala Sepetang Eco Track adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM sebagai syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan lawatan rombongan seperti pelancong melawat Kuala Sepetang dan seluruh negeri Perak sejak 2012 lagi. Pemilik Syarikat Mohd Jusri juga mempunyai lesen p emandu p elancong alam semu la jadi dibawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Pernah memenangi Anugerah Pemandu Pelancong Terbaik Perak pada 2015.   Mula beroperasi pada tahun 2012 sehingga ke hari ini. Kami telah dipilih oleh INSKEN dan AIM untuk melatih dan memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada usahawan eko pelancongan dalam program coaching dan mentoring.   Program bersama INSKEN bermula pada tahun 2018 iaitu program dipanggil IBC (INSKEN BUSINESS COACHING) seramai 26 usahawan pelancongan seluruh Malaysia telah terpilih untuk menjalani program tersebut yang mana syarikat kami mengendalikan program tersebut selama 4 bulan. Dalam program tersebut u...

LOKASI PELANCONGAN MENARIK -USAHAWAN ECO PELANCONGAN INSKEN(Ins Keusahawanan Negara)

Imej
 USAHAWAN ECO TOURISM-IBC INSKEN 1. JENOBA OUTDOOR TERENGGANU   013-702 6923 EN NAJIB Kami menyediakan pelbagai pakej pelancongan pengembaraan. Ditubuhkan pada tahun 2012, kami adalah satu-satunya syarikat di Terengganu yang diperakui dengan kategori Sijil Pelancongan Perniagaan Pelancongan Malaysia untuk kategori Pelancongan Pengembaraan yang menggunakan kami menjalankan program kami dengan selamat. Semua krew kami disahkan dalam bidang masing-masing dan berpengalaman Package: 1.      Kayak in Little Amazon of Terengganu 2.      Terengganu Hidden Pool Waterfall Trekking                                                               Facebook: Jenoba Outdoor Instagram: Jenobaoutdoor Youtube: Jenoba Outdoor web: www.Terengganuadventures.wordpress.com Maklumat...

PAKEJ MENDAKI GUNUNG IRAU

Imej
Saya memang teringin nak tawan Mini Irau sebab kawan saya Uteh yang jadi guide di Cameron Highlands .Kami plan hanya berlima  sahaja,sebab saya tak minat nak open pada kawan-kawan yang ramai nak ikut.Bila ramai sangat susah nak control.Saya,Syahmi,Ijat,Jihah dan Kak Mah.3 orang lagi tak ikut hiking,Pak Din ,Ezatti dan Nurul. Kami bertolak dari Ipoh dengan 2 buah kereta,terus ke Tanah Rata.Bila sampai dah petang terus check in di dorm Hikker Sleep Port Tanah Rata tempat Uteh. Petang tu jugak kami di beri taklimat oleh Ja (Faizal)isi borang serta tandatangan persetujuan untuk hiking serta petuhi SOP PKP.Lepas rehat sekejap kami turun bawah dorm untuk makan malam beramai-ramai. Balik lepak kat tempat kami sempat buat sesi live fb lagi.Sambil sembang santai-santai.Uteh orang yang sempoi boleh bergurau lagi tempat dia agak rare dengan barang antik dan siap ada tanjak. Semua minuman disediakan dengan layan diri jika nak minum.Ada jugak minah salleh yan...

MEMBINA KERJAYA PEMANDU PELANCONG DI NEGERI PERAK

Imej
REZEKI KUALA SEPETANG EPISOD 2   TAHUN 2012   Pada tahun ini aku memulakan tugas pemanduan secara sambilan dan baru belajar cara-cara untuk menguruskan pelancong ketika hujung minggu sahaja.Walaupun tugasan ini masih baru,tapi aku amat berminat dengan tugasan outdoor ini.Pengalaman dalam ATM sekurang-kurangnya dapat dipraktik dan dikongsikan bersama mereka yang memerlukan.Syarikat aku Kuala Sepetang Eco Track mula diambil alih olehku dari En Khairul sebagai pemilik tunggal manakala dia membuka syarikat sendiri bersama agensi pelancongannya KS Eco Tours Sdn Bhd. Pada pesara tentera boleh cuba buat sesuatu dengan skill yang kita ada bila kita dah pencen atau pon akan berpencen. Permohonan aku untuk kursus sebagai pemandu pelancong telah pon lulus pada tahun 2013.Kami 29 peserta mula berkursusu di Pusat Biodeversiti Wang Pinang Kuala Perlis,dibawah Jabatan Perhilitan.King sebagai Kem Komandan yang banyak mengajar selok belok jadi pemandu pelancong sepanjang 17 hari disini. K...

USAHAWAN PELANCONGAN DAN USAHAWAN PKS (SITUASI PKP)

Imej
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID19 Bagi Abam PKP ini satu tamparan hebat buat semua usahawan PKS,kecuali industri makanan atau F&B. Tu pon jika pandai curi peluang jual melaluli digital atau online marketing. Situasi sekarang dah masuk fasa ke 3 PKP,dan satu perkembangan positif bila kes jangkitan makin menurun.Namun situasi masyarakat kita ada yang masih degil kes tangkapan masih tinggi walaupon kerajaan telah memberi denda yang maksimum. Satu lagi kita banyakan bersyukur bila kerajaan bagi esentif bantuan BPN, Bantuan Prihatin Nasional.Pada yang belum daftar SSM,LHDN,Perkeso dan PBT boleh la mula daftar untuk dapatkan bantuan. Kadang-kadang kesian pada usahawan kecil yang tiada apa-apa lesen,situasi begini menyukarkan untuk dapatkan bantuan. Kita nak cuba bantu tapi usahawan sendiri perlu sedar dengan apa yang berlaku.Boleh nak harapkan bantuan dari kerajaan,tapi perlulah tahu syarat yang agensi tetapkan. Abam copy dari page fb Abam -Pentingnya L...